Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?

Seorang ibu umor tiga pulohan telah melahirkan anak 3 kali, yang pertama cesarean sebab kandungan kembar, yang kedua lahir normal dan berat  bayi 3.5 kg , yang ketiga cesarean sebab bayi berak dalam kandungan (fetal distress) berat bayi 3.9 kg.


Ini kandungan keempat dan sudah lapan bulan/32 minggu. Beliau hendak cuba lahir secara normal dan telah berjumpa beberapa pakar bidan dan semuanya kata perlu cesarean . Ini memang amalan semasa dikalang pakar bidan, bila sudah 2 kali cesarean , memang tidak ada pilihan mesti bedah cesarean kali ketiga. Malah mereka paksa ikat saluran fallopian (Tubal ligation).

Ramai juga yang minta yang kendalikan kelahiran secara normal lepas 2 kali cesarean , tapi saya buat penilaian teliti tentang sebab2 buat cesarean dulu, tengok saiz rongga ponggongnya cukup luas atau tidak, munkin perlu xray pelvimetry pada umur kandungan 37 minggu untuk ukur saiz rongga dan kepala bayi bolih masuk atau tidak.
 Saya nasihatkan ibu2 berkenaan untuk kawal makan karbohaidret( nasi, mee, roti, kuih2 dll) gula dan semua jenis manisan. Lebihkan lauk , sayur2 dan buah2. Ini untuk mengawal berat bayi ketika lahir agar mudah lahir secara normal.

Mulai umur kandungan 37 minggu saya buat pemeriksaan vagina, untuk menilai pintu rahim samada ia mudah buka atau tidak dan kepala bayi bolih dan mudah turun atau tidak dan saya juga lakukan 'membrane sweeping' pada ketika itu . Jika saiz rongga penggong luas dan pintu rahim mudah buka dan kepala bayi bolih 'engaged' , saya syorkan cuba lahir normal. Anggaran dari pengalaman yang lepas akhirnya 50 % akan dapat lahir secara normal.





Comments

  1. Bagaimana pula jika seseorang itu mengandung kali kedua dengan jarak 3bulan dari kelahiran pertama (secara czer),adakah dia boleh bersalin secara normal untuk kandungan keduanya itu?

    ReplyDelete
  2. saya pula..dh 2x czer sebab baby 4kg++..lepas 2 dr ckp saya ada masalah tulang pelvis kecil@sempit..jika hendak normal baby bawah 3kg..tinggi saya 151cm..berat sekarang 55kg..masih belum hendak menambah ahli keluarga kerana menjarakkan kelahiran selama 5 thn..cuma tertarik dgn topik di atas dan perlu komen dr..memang dr hospital maklum pd saya hanya boleh melahirkan 1x lagi sahaja then peranakan akan diikat..atas alasan tersebut saya belum berniat hamil kerana saya masih muda..terlalu awal untuk diikat peranakan.tq dr

    ReplyDelete
  3. adakah dengan mengawal pemakanan..pengambilan karbohidrat dan gula dapat mengawal saiz bayi dalam kandungan?..saya amat takut bayi saya besar memandangkan saya didapati ade kencing manis sewaktu mengandung...

    ReplyDelete
  4. saya dah dua kali melahirkan secara cesarean...hanya anak ke2 lahir secara normal, klu ikut perkiraan doktor, boleh kah saya cuba melahirkan secara normal utk anak ke 4 nanti? anak pertama cesar sebab failed induction, yg ketiga cesar sebab face presentation, dketahui semasa bukaan 6cm...

    1.bolehkah saya lahirkan secara normal sekiranya saya mengandung kemudian nanti

    2.doktor yang merawat saya semasa kelahiran yg ke3 yg lepas bagitahu, saya boleh mengandung 2 kali lagi, kemudian doktor akan 'ikat' selepas itu. apa pendapat doktor?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..doktor, sy dah 2x czer. Yg 1st songsang. Yg kedua dah mula contraction tp sy kena sesak dada.terasa angin tolak kedada.menyebabkan graf baby x cantik. Doktor kata fetal distress. Tp lepas dorg masukkan ubat kt saya, graf kmbali normal & sy di bedah juga sbb takut ape jd kt baby..alhamdulillah baby ok.mgkin sebab emergency czer, waktu malam, masa operate muntah 2 kali & rasa x bermaya sebab seharian x rehat. Adhesion sgt bnyk. 2 jam sy dibedah. Mujur ada doktor pakar brjaya pisahkan atau risiko pundi kencing pecah. Sy disarankan ikat untuk anak ke tiga.menurut doktor, adhesion jadi akibat pengambilan pati ikan haruan yg terlalu bnyk semasa pantang. Sy teringin bersalin normal. Bolehkah sekiranya sy mendapatkan khidmat doktor?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum doktor saya baru lepas bersalin bedah masuk yg ni kira sudah dua kali bedah,ank kedua besar 3.5 dan ank ketiga kena bedah sebab jantung baby sudah slow,saya kalau boleh nak anak ramai tapi doktor bagitahu saya hanya boleh mengandung kali ke empat dan terus kena ikat,bolehkah ank ke empat ni saya ingin bersalin normal atau ikut kata doktor

    ReplyDelete
  7. Assslamualaikum docter.saya dh 2 kali czer.bukaan jln baby 9 cm.oleh kerna baby punya jantung slow.sy trpksa czer...masala saya hanya jantung baby ja.boleh ka saya klau yg ke 3 lahir kn normal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi