Posts

Khasiat kulit mangga

Image
Bila kita kopek buah mangga hampir kesemua dikalangan kita akan buang kulitnya dan makan isi buahnya. Tahukah anda kulit mangga mangandungi banyak khasiat kesihatan?  Lain kali jangan buang kulit tapi sebelum kopek basuh dengan sempurna dengan air garam untuk hilangkan sisa2 insecticide. Apa yang terkandung dalam kulit mangga? 1. Vitamin A. Ia penting untuk kesihatan mata dan terangkan penglihatan. Ia juga penting untuk meningkatkan immunity badan. 2. Vitamin C. Penting untuk pemulihan luka dan trauma. Juga untuk pertumbuhan sel2 dan baikpulih kulit, tendon, ligaments dan salurdarah. Vit C jugalah antioxidant yang membersihkan free radicals yang merosakkan tisyu. 3. Serat atau fiber.  Serat adalah penting untuk penghazaman dan gerakkan usus. Ia bolih mencegah sembelit dan juga buasir. 4. Berbagai antioxidants.  Kulit mangandungi berbagai phytonutrients khususnya mangiferin yang bertindak sebagai antioxidants. Tindakan mereka mengawal kandungan cholesterol dan

Bedah fibroid besar

Image
Sesi bedah dihospital pantai pagi ini.  Tumbuhan fibroid besar. Saperti hamil 6 bulan. Bedah buang fibroid - myomectomy. Tumbuhan fibroid setelah dibedah Didalam tumbuhan. Tisyu fibrous. Rahim ovary dan fallopian selepas pembedahan.

MAKAN TERBAIK UNTK KEHAMILAN.

Image
Ibu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan bayi dalam rahim, kelahiran selamat dan perkembangan anak seterusnya. 'Tangan yang menghayun buai menggoncang dunia' Pemakanan ibu ketika hamil dan menyusukan adalah sangat penting untuk menghasilkan zuriat terbaik - sihat dan otak yang terbaik yang berpotensi menjadi anak pintar jika diberi rangsangan minda dari awal. 1. TELOR . Mengandungi perotin mutu terbaik disamping mengandungi 12 jenis vitamins dan logam . Setengah telor diperkaya dengan omega 3 dan DHA yang penting utk otak. Telor juga mengandungi choline bahan penting untuk otak. Perotin sangat penting sebagai bahan binaan sel2 dan organ bayi. Murah harganya dan mudah dimasak dan disajikan. Makan 2 biji telor setiap hari. 2. IKAN.  Ikan juga sumber perotin yang baik . Ikan yang berminyak saperti salmon, tuna dan mackeral mengadungi omega 3 dan DHA yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak. Ikan2 tersebut mahal tapi ikan kembung tongkol (tuba) dan sardi

Kembar empat

Image
Wanita ini mengalami masalah kesuburan dan telah mencuba untuk hamil selama beberapa tahun. Punca masalah ialah PCOS iaitu satu keadaan dimana kilang telor / ovary jarang atau tidak langsung mengeluarkan telor yang matang. Tegasnya ovulation tidak berlaku. Beliau telah mencuba beberapa kaedah rawatan termasuk makan pil subur clomid tetapi masih gagal mengeluarkan telor matang. Mereka buat keputusan jalani rawtan secara suntik benih suami atau IUI dihospital kerajaan. Faktor penting dalam rawtan ini ialah pematangan telor. Olih itu beliau diberi suntikan hormon gonal. Kesan rawatan sutikkan gonal ialah banyak telor matang serentak dan ini bolih menghasilkan kehamilan kembar. Rawatan dengan hormon gonadotrophin yang diberi secara suntikkan bertujuan mematangkan telor dan bolih menghasilkan kembar - kembar 2, 3, 4 dan seterusnya. Banyak jenama dalam pasaran tetapi yang paling dikenali ialah ubat 'gonal'. Harganya mahal dan suntikan dimulakan sejurus mula haid disunt

Gangguan.Haid

Image
JENIS-JENIS GANGGUAN HAID Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah; 1. Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid. 2. Berapa banyaknya darah haid yang keluar. 3. Jangka waktu haid yang berpanjangan. 4. Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan. 5. Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid. 6. Kelewatan datang haid. 7. Putus haid. Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim. Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?   Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu

PAK BIDAN SAMPAI HUJUNG JALAN

Image
Sudah 43 tahun jadi doktor dan 40 tahun jadi bidan dan ramai telah saya sambut kelahirannya. Malah dalam tahun 1969 ketika saya masih jadi mahasiwa kedoktoran tahun terakhir saya diwajibkan menyambut 10 kelahiran normal , dan mereka sekarang sudah berumor lebih 40 tahun dan masing2 sudah mempunyai anak. Saya tidak menghitong berapa bayi yang saya sambut kelahiran mereka , tetapi  saya anggarkan banyak juga. Suara pertama didengar olih bayi ialah suara saya yang menyebut kalimah Allah SWT. Saya doakan semua insan2 tersebut diberkati Allah kehidupan mereka didunia dan diakhirat kelak. Kerja bidan memang memberi kepuasan kerana kita menyelamatkan dua nyawa, ibu dan anak serta memberi kegembiraan kepada keluarga, Juga kita bantu menambahkan umat Mohammad. Ada segelintir yang tidak setuju pak bidan sambut kelahiran , sepatutnya mak bidan buat tugas itu. Malah ada yang kritik saya kerja saya haram kerana kerana bermesra dengan bahagian sulit wanita. Semoga Allah ampunkan dosa saya.

Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?

Image
Seorang ibu umor tiga pulohan telah melahirkan anak 3 kali, yang pertama cesarean sebab kandungan kembar, yang kedua lahir normal dan berat  bayi 3.5 kg , yang ketiga cesarean sebab bayi berak dalam kandungan (fetal distress) berat bayi 3.9 kg. Ini kandungan keempat dan sudah lapan bulan/32 minggu. Beliau hendak cuba lahir secara normal dan telah berjumpa beberapa pakar bidan dan semuanya kata perlu cesarean . Ini memang amalan semasa dikalang pakar bidan, bila sudah 2 kali cesarean , memang tidak ada pilihan mesti bedah cesarean kali ketiga. Malah mereka paksa ikat saluran fallopian (Tubal ligation). Ramai juga yang minta yang kendalikan kelahiran secara normal lepas 2 kali cesarean , tapi saya buat penilaian teliti tentang sebab2 buat cesarean dulu, tengok saiz rongga ponggongnya cukup luas atau tidak, munkin perlu xray pelvimetry pada umur kandungan 37 minggu untuk ukur saiz rongga dan kepala bayi bolih masuk atau tidak.  Saya nasihatkan ibu2 berkenaan untuk kawal makan karboh