Khatan bayi lelaki

Kita galakkan bayi lelaki dikhatankan secepat munkin selepas lahir. Amalan ini sudah menjadi popular dinegara2 barat walau pun mereka bukan islam. Mereka telah mengetahui faedah besar dari amalan berkhatan. Di Amerika bayi lelaki dikhatan sejurus lepas lahir.

Diantaranya ia bolih mencegah dari jangkitan kuman dalam saluran perkencingan dan buah zakar waktu zaman kanak2 yang mana kesan jangka panjang bolih menyebabakan kemandulan lelaki. Berkhatan juga dikatakan bolih mencegah tersebarnya kuman virus AIDS yang sering bertumpu pada kulit zakar (prepuce).

Juga dipercayai kotoran tahi pilat pada zakar lelaki yang tidak berkahatan adalah salah satu punca terjadinya kanser pangkal rahim dikalangan isteri mereka.

Waktu bayi baru lahir, prosedur berkahatn mudah dilakukan dan jangka tempoh sembuh pun cepat, antara 5-7 hari sahaja. Jagaan lepas khatan juga sangat mudah tanpa keperluan khusus.






Prosedur berkhatan bayi lelaki

1. Bayi dibersihkam dengan antiseptik pada kasasan kemaluanynya
2. Suntikan local anesthetic pada pangkal zakar untuk bius zakar, sering bayi menangis bila kena suntik bius. Tunggu 5 minit untuk bius berkesan.
3.Teknik khatan adalah mudah, saya gunakan alat Plastibel. (lihat gambar dibawah)
4. Kulit prepuce diguntung sedikit sehingga takuk kepala zakar.
5. Kulit dipisahkan dari kepala zakar dan tahi pilat dibersihkan.
6. Plastibel disarongkan pada kepala zakar, ada banyak saiz plastibel ikut saiz kepala zakar, penting untuk pileh saiz yang tepat supaya 'fitting'
7. Ikat dengan benang diluar kulit ikut jalur pada plastibel untuk kawal perdarahan. Penting untuk ikat kuat agar tidak terlucut.
8. Kulit prepuce digunting dan dibuang. Handle pada plastibel dipatahkan dan terdapat lubang kecil dimuncung plastibel untuk saluran air kencing bayi.
9. Tiada jagaan istimewa, jika bayi meragam pada malam pertama beri syrup panadol ikut arahan. Bila kencing atau berak dan perlu tukar lampin, bersihkan zakar saperti biasa dan pakaikan lampin baru.
10. Plastibel dan benangnya akan tanggal sendiri dalam tempoh 5-7 hari dan luka akan kering dengan sendiri.

.
Plastibel

Comments

  1. kalau umur 2 tahun 4 bln blh x buat...cepat baik x

    ReplyDelete
  2. Selepas umur 3 bulan, saya cadangkan jumpa Dr Tasron, pakar khatan - talipon no - 012 2785158

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Dr. Lokasi Dr. Tasron di mana ya Dr. Hamid?

      Delete
  3. Salam Prof..rasa rugi xbuat baby Avi hari tu..tapi bila tgk mcm kesian plk kat dia nanti..:-)

    ReplyDelete
  4. Salam prof,
    Ank sy 7bln da meniarap n merangkak..xbhaya ke?, takut begesel nnti bertambah sakit plak.

    ReplyDelete
  5. dr tasron?.....bukn ke beliau pengasas satu kaedah sunat tu kn....maaf kalau silap, sbb kalo betul beliau.....cara tu x sakit n cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dr.. nak tnyer berkenan bayi lelaki saya yg baru bersunat pd 10/10/2013. dia berusia 9bln. ada sedikit kesan darah pada pampers pd 15/10/2013 hr tu.. dan 16/10/2013. saya lihat ke bawah takuk pun macam luka..

    ReplyDelete
  7. salam Dr. bola boleh set temujanji utk anak lelaki sy berusia 2 minggu

    ReplyDelete
  8. Dr. Kwn sy telah mengkhatan kn 2 org anak lelaki nye sms baby. Tp kemudian, dlm usia anak tu 3 tahun, dia tpaksa dikhatan sekali lagi. Knapa ya?

    ReplyDelete
  9. Nice entry..tapi dah tau lepas baby dh boleh merangkak..setahun ke ats boleh buat x prof?

    ReplyDelete
  10. Nice entry..tapi dah tau lepas baby dh boleh merangkak..setahun ke ats boleh buat x prof?

    ReplyDelete
  11. terima kasih dr khatankan anak saya fadhlan pagi tadi.semoga dr dapat terus berkongsi ilmu2 yg bermanfaat bersama kami semua.jazakallah khair.

    ReplyDelete
  12. Salam. Sy ad anak lelaki autism. Ssh nk ddk diam. Sy nk mintak pandangan dan nasihat macam mn nk khatankan dia. Boleh tlg share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun ade ank autism 4tahun..nak tau jugak mcm mane nak khatankan ye sbb die xduduk diam..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Luka waktu bersalin