Kenangan dari Mamawana

Saat  itu sungguh indah ketika aku membawa Wana yg baru berusia satu bulan  untuk appointment dgn doktor pakar yg telah bersusah payah menjaga  kandungan ku selama 9 bulan dan beliau juga yg melakukan pembedahan   caesarean  utk kelahiran sulong ku  iaitu Datuk Dr Hamid Arshat.   Rasa  bahagia ketika itu hingga tidak sabar untuk bertemu doktor kerana beliau  banyak memberi nasihat, doa-doa dan zikir untuk ku amalkan sepanjang  kehamilan.   Beliau seorang doktor yg lemah lembut dan kaya dgn sifat  kebapaan yang sungguh mulia.  Terima kasih doktor.
Sedikit  perkongsian, setahun sebelum berjaya mengandung mama dinasihatkan untuk  menjalani operasi laparoscopy kerana darah beku di saluran fallopian.   Walaupun pembedahan itu nampak simple dan sekejap sahaja tetapi selepas  habis ubat bius kesakitannya sangat memuncak di mana dua hari selepas  dibenarkan pulang ke rumah, perut mama masuk angin  kembung spt org  mengandung 9 bulan. 
Perut rasa seakan nak pecah. Ketika itu segalanya  sakit, baring sakit, duduk sakit, menyandar sakit, nak berdiri sakit  malah berjalan nak ke toilet pun tersangat-sangat sakit hingga bernafas  pun sakit.  Selama seminggu perut membusung, ingat nazak menghampiri.   Airmata sentiasa berlinangan kerana menahan kesakitan yang amat sangat.  Tuhan sahaja yg tahu.  Kakak, ibu, suami, saudara mara datang menziarah  pun hanya sekadar memandang simpati. 
Tiada siapa yg dapat merengankan  kesakitan dan kepedihan itu.  Berkat doa yg tak putus-putus,  alhamdulillah mama kembali sihat dan 3 bulan selepas itu mwana disahkan  mengandung anak sulong. Subhanallah ...syukur Alhamdulillah.  Terlalu  gembira untuk menerima anugerah keajaiban ini.  Selama 9 bulan juga mama  rasa seperti berjalan di awang-awangan kerana kegembiraan walhal selama  9 bulan juga sebenarnya mama tidak boleh baring bermakna selama 9 bulan  mama tidur duduk menyandar.  Selama 9 bulan juga tidur-tidur ayam  kerana tidak selesa dengan perut yang membesar begitu cepat, diusia 3  bulan macam mengandung 6 bulan.  Baru 6 bulan mengandung tetapi macam 9  bulan. 
Semasa 8 bulan pula  dah tak boleh berjalan, kaki membengkak  dengan saiz tubuh macam  Giant kata rakan2 sepejabat mama.   Kini, Wana  dah besar dan sedang melanjutkan pengajian di UiTM.   Untuk anakanda  Wana, andai membaca warkah bonda ini  ketahuilah bahawa kesakitan itu  sungguh indah selama kamu di dalam rahim bonda dan dewasalah menjadi  Puteri Solllehah sebagaimana doa-doa yang Doktor beri untuk amalan.
Kini,  semuanya Owh, So Wonderful.  Life is really really wonderful.  Dalam  kepedihan hidup ini...... Its awesome.  Benarlah AlQuran itu.  Setiap  dugaan dan kesabaran itu ada hikmahnya.  Subhanallah.  Alhamdulillah.
 
 
Assalam,
ReplyDeleteAlhamdulillah, anak kedua saya pun dari awal hingga kelahiran Dr yang sambut. Yang kedua tu lahir secara normal tapi kena vacuum. Tu yg dahi dia jendul sikit. Tapi skrg dah tak nampak jendulnya. Dah berusia 16 tahun Muhammad Shahran Hanief nama diberi, tinggi nak capai 6 kaki dah.
waaaaaaaaaa...syukur alhamdulillah. sy alami kesakitan gitu pon time nak bersalin jek.
ReplyDeletetp dugaan lain saya yg paling besar adlh 5 bulan terlantar atas katil sb saya ada mabuk muntah yg sgt terok..huhu
tp apapun selamat melahirkan putri ikha yg comey..:)