Mencegah keguguran



Mencegah keguguranBagi kebanyakan orang hamil untuk mencapai cukup bulan (37-40 minggu) tidak menjadi masalah. Lebih kurang 10-15% akan mengalami keguguran dan sebahagian besar daripada mereka yang berlaku dalam 3 bulan pertama. Keguguran berlaku sekali  pun sudah cukup untuk menyebabkan trauma mental, dan jika ia terus di berulang, ia sangat buruk padahnya dan boleh merosakkan perkahwinan anda. Saya mempunyai pesakit yang telah hamper 10-12 kali keguguran diperingkat awal kehamilan. Bayangkan kesannya terhadap emosinya, trauma yang amat terok.
Mengurus masalah keguguran.
Biasanya, saya akan melaksanakan penilaian yang sangat berhati-hati, pemeriksaan secara menyeluruh dan penyiasatan makmal yang berkaitan untuk mencari apa-apa punca keguguran. Ada kala  saya dapat mengenal pasti punca-merta, tetapi kadang-kadang saya tidak boleh kerana ia mungkin disebabkan oleh kecacatan genetik / kromosom atau mungkin  terdapat mutiple faktor-faktor berinteraksi.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya mendapati bahawa kadar kejayaan saya dalam merawat keadaan ini telah meningkat dengan ketara, dan saya cuba untuk menganalisis sebab di sebalik kejayaan ini
Saya gunakan beberapa pendekatan rawatan  saintifik.  Jika saya mengesan sebarang penyakit dalam rahim atau ovari, seperti endometriosis dengan rahim retroverted, fibroid, ovari polisistik,rawatan secara pembedahan akan jadi pilihan. Beberapa jenis jangkitan kuman iaitu TORCHES - Toxoplasmosis, rubella, CMV virus,herpes simples dan syphillis adalah dikaitakn dengan kejadian keguguran yang berulang2. Rawatan sewajar dengan antibiotik dan supplement untuk meningkatkan immunity/ketahanan badan perlu dilaksanakan.
 Lain-lain terapi tertumpu pada meningkatkan imuniti pesakit dengan memberikan beberapa penggalak imun dan supplemen tambahan serta antioxidant. 
Saya percaya bahawa salah satu faktor dia menyebabkan keguguran ialah immunty/ketahanan yang rendah dan toksin berlebihan di dalam tubuh, Langkah2 memberikan antioksidan dan vitamin C, E dos tinggi akan dapat membantu.
Kaedah lain terapi memperbaiki persekitaran pesakit dengan tujuan mengurangkan tekanan fizikal dan mental khususnya ditempat kerja, mengurangkan pendedahan kepada toksin luaran, bahan kimia pencemar dan berbahaya.

Cuba ikuti langkah-langkah:

1. Jumpa pakar bidan anda dengan seberapa segera . apabila  anda terlambat datang haid , buat ujian kencing untuk mengesahkan  kehamilan. Rawatan olih pakar dari peringkat awal kehamilan sangat penting.

2. Menahan diri daripada hubungan  seksual sehingga mendapat nasihat daripada doctor anda. Dalam peringkat 3 bulan pertama kehamilan, hubungan seks bolih mencetuskan kuncupan atau kontraksi rahim ekoran dari orgasma dan juga kesan dari air mani. Sebaiknya dijauhkan atau dibuang air mani diluar dengan guna kondom.

3. Hormon sokongan - salah satu faktor yang menyebabkan awal keguguran ialah kekurangan progesteron . Saya biasanya memberi pesakit yang berulang kali gugur, hormon progesteron dalam bentuk suntikan (proluton) atau tablet saperti duphaston atau gestanin dalam 3 bulan pertama kehamilan. Hormon progesterone bolih kuatkan kandongan dan mentenangkan rahim dengan mencegah kuncupan rahim

4. Saya memberi multivitamin saperti obimin, asid folik, Vit C 1gm dan Vit E 400-800 IU setiap hari.

5. Penggalak imun -Jintan Hitam (habbatus Sauda), antioksidan yang diperoleh daripada ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran, saya juga beri Livovid iaitu sijenis supplement untuk membersihkan 'toxins dalam badan.

6. Bagi orang-orang yang gemuk dan mempunyai PCOS Saya akan beri mereka Metformin 500mg. Kurangkan karbohidrat dan gula. Penting kawal makanan dengan menjauhkan fast dan junk . foods. Lebihkan makan sayur2 dan buah2 , buat juz buah dan salad.

7. Rehat adalah amat penting. Kurangkan aktiviti2 fizikal dan mental. Jauhkan kerunsingan. Berehat sebanyak2, jika perlu masuk hospital untuk berehat di atas katil, sekurang-kurangnya tinggal di rumah. Doktor bolih beri cuti medical untuk tempoh pendek dan pesakit munkin perlu cuti tanpa gaji untuk tempoh jangka panjang. 

8. Jauhkan   racun serangga  atau semburan pewangi atau  kimia. Gunakan make up yang diperbuat dari bahan organik. Sapukan kulit dengan losyen yang berasaskan  minyak zaiton atau kelapa dara

9. Kurangkan Caffein dan juga teh, mengapa tidak mencuba air kelapa dan juz buah2 tempatan yang lain.

10. Jika rahim anda retroverted (kearah belakang) .Baring menyiarap dan alasan bawah perut dua bantal saperti separuh sujud untuk merehatkan rahim.Luangkan 10-15 minit pada kedudukan itu pada kira-kira 10-11 pagi.dan pukul 3-4 petang dan setengah jam sebelum tidur.Selepas 3 bulan kehamilan rahim akan keluar dari rongga tulang ponggong dan tidak lagi terancam gugur.
11 Akhirnya - banyak relaksasi, dan untuk umat Islam perbanyakkan baca quran, zikir dan doa. Positif dalam pemikiran, menghilangkan segala bentuk pemikiran negatif.






Comments

  1. askum doktor,,adakah keputihan juga blh kguguran..
    sy mgalami kputihan yg sangt bnyak..brwarna hijau..utk pngetahuan doktor sy bru 6 minggu hamil..blh dok jwb sy..sangt buntu skang

    ReplyDelete
  2. slm doktor...sya telah mengalami keguguran sebyk 3 kali (kandungan 5 bulan dua kali dan 2bulan lebih) sekarang sy mengandung dlm 6minggu lebih...sy ada buat pemeriksaan d Hosp Colombia asia,katanya rahim sy hanya 14cm,dan bila preg kena jahit hingga due br buka,masa preg kali ke 4 dulu doc hosp k'jaan xnak buat camtuh...apa saranan doc...? tq

    ReplyDelete
  3. el amsyar, saya pun ade seorang kawan yg keguguran sebnyk 2x n bila kali ke3 preggy doc dr swasta kpj sarankn jahit rahim dia bila dah 8 bulan baru bukak balik, Alhamdulillah baby selamat, n skrg die preggy ank 2nd pun doc trs buat procedure yg sm sbb nk elakkan dia keguguran lagi, tapi tak sure la knp gov xbuat mcm tu maybe sbb kos ke?

    ReplyDelete
  4. Salam doktor saya mengalami pening yang mengakibatkan tekanan darah tinggi saya naik.padahal saya normal sebelum ni.adakah saya hamil ketika itu.setelah seminggu barulah pening saya hilang dan saya buat urin test ada 2 line tabur kabur.saya tunggu lagi 2 minggu.bila saya buat urin negatif.adakah saya hamil ketika saya pening pada ketika itu dn adakah saya gugur .untuk maklumam usia perkahwinan saya 4 tahun dan masih belum ada zuriat dan berusia 28 thun.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dr..
    sy ada fibroid dn akn mnjalani pmbedahan bg mmbuang fibroid dn rahim pd bulan Jun 2014.. Sy ada meminta doktor di hospital kerajaan supaya mmbuang fibroid shj kerana suami sy tidk mengizinkn utk mmbuang rahim.. sy benar2 ingin mndapatkn pndangan doktor trhadap msalah sy ini..kerana fibroid ini ada kala nya amat mnyakitkn saya.. sy kini berusia 44tahun.. harap doktor dpt mmbantu sy..

    qasehshahela69@gmail.com..

    ReplyDelete
  6. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Keguguran

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Dr,
    Saya sudah 3 kali keguguran sepanjang 2 tahun, ketiga-tiganya pada awal kehamilan iaitu 8 minggu, 6 minggu & 7 minggu. Pada usia saya sekarang 38 tahun dan saya masih mencari sebab keguguran yang berulang ini, harap dr dapat membantu.

    ReplyDelete
  8. Doc..sy ingin bertanyakan beberapa soalan. Sy telah berkahwin selama 4 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Sy telah membuat beberapa ujian dengan pakar sakit puan. Doc tersebut telah menyatakan bahawa sy mengalami rahim terbalik dan kekurangan telur. Sy period regular setiap bulan. Sy ada sengugut sebelum ni tp sekarang dah tiada. Sy ada mengambil supplement Menstrual pro yg di syorkan di fb & ia memang berkesan untuk hilangkan sengugut. Doc juga memberi sy ubat clomix untuk di makan. Soalan sy.. adakah ubat clomix ni sememangnya boleh memperbanyakkan telur atau tidak? Sebab sy ada terbaca bahawa clomix ni hanya untuk mematangkan telur sahaja. Sampai sekarang sy belum ada tanda2 untuk hamil. Harap doc bagi pencerahan..

    ReplyDelete
  9. Terimakasih bermanfaat artikelnya,, untuk promil sukses bisa juga dibantu dengan minum Rose V https://rosevsolusiwanita.com/

    Ig : rosev.solusiku

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?