Perdarahan placenta previa

Pendarahan Akhir Kandungan

Pendarahan di akhir kandungan
Perdarahan di peringkat akhir kehamilan mulai tujuh bulan kandungan biasanya menandakan salah satu daripada tiga perkara.

1. Uri pada pintu rahim
2. Accidental haemorrhage
3. Incidental bleeding



1.Uri pada pintu rahim (placenta previa)






Uri yang pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, kadang-kala sampai boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.Dengan ujian ultrasound yangdilakukan ketika ibu melawat doktor pakar perbidanan, biasanya kedudukan uri dapat dikesan samaada di tempat biasa iaitu di bahagian atas rahim atau di bahagian luar biasa iaitu di pangkal rahim .

Langkah-langkah tertentu perlu diambil setelah dikesan kedudukan uri tersebut untuk mencegah berlakunya perdarahan yang banyak khususnya apabila kehamilan mencapai ke peringkat lapan bulan atau lebih.
Kedudukan uri dibawah 'placenta previa' merangkumi dua jenis, pertama ialah dimana uri menutupi pintu rahim sepenuhnya 'placenta previa major' dan keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak apabila berlakunya kuncupan rahim khususnya di peringkat akhir kehamilan.

Kuncupan rahim sering disebabkan oleh kepenatan, tekanan mental dan penyakit jangkitan kuman khususnya pada pundi kencing atau bahagian tubuh yang lain.

Apabila berlaku perdarahan ibu mesti terus masuk ke hospital kerana biasanya pembedahan cesarean secara cemas perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan nyawa bayi tersebut.

'Placenta previa minor'
ialah apabila uri hanya terletak pada bahagian bawah rahim tetapi tidak menutupi langsung pintu rahim.Keadaan begini tidaklah begitu mengancam dan biasanya tidaklah menyebabkan perdarahan yang banyak sangat.Adakalanya dalam keadaanini kelahiran normal masih boleh dilakukan.








 



2. Accidental haemorrhage (abruptio placenta)



Ini bermakna pendarahanberlaku dalam rahim di belakang uri dan keadaan ini sangatlah merbahaya kerana pendarahan di luar adalah sedikit tetapi banyak berlaku di dalam rahim menyebabkan rahim itu sangat keras dan membesar. 

Keadaan ini sangat merbahaya dan mengancam nyawa bayi dan ibu.Jika terlambat kadang-kala bayi telah mati dalam perut sebelum ibu sampai ke hospital.Dalam keadaan yang sangat teruk, ibu tersebut juga boleh meninggal kerana bila keadaan ini berlaku ibu sebenarnya berdarah dengan banyaknya dalam rahim dan perdarahan tidak boleh dikawal kerana semua sel-sel pembekuan darah (platelets) telah habis terperangkap dalam bekuan darah dalam rahim.

Keadaan ini digelar dengan nama 'disseminated intra-vascular coagulation' iaitu satu keadaan yang amat merbahaya kerana pendarahan bukan sahaja berlaku dalam rahim tetapi di semua organ-organ dalam badan khususnya hati dan otak.Keadaan inilah yang boleh membawa maut kepada ibu tersebut.

Kelahiran mesti dilakukan secara cemas untuk menyelamatkan ibu, mungkin yang paling selamat sekali ialah dengan pembedahan cesarean.Transfusi darah serta lain-lain cecair untuk menggantikan cecair, logam dan sel-sel pembekuan perlu dilakukan dengan banyak dan cepat.

3) Pendarahan 'incidental'

Ini mungkin disebabkan pintu rahim yang luka (erosion) atau dijangkati kuman, atau saluran darah yang pecah dari sekeliling pintu rahim ataupun saluran faraj.Keadaan ini tidak begitu membahayakan ibu dan bayi tetapi ini adalah satu keadaan yang juga memerlukan perhatian.
Perlu dipastikan bahawa sebab-sebab utama seperti 'placenta previa' dan 'abruptio placenta' tidak berlaku dengan melakukan pemeriksaan faraj serta ujian ultrasound.Tiada rawatan yang khusus untuknya melainkan rehat.

Comments

  1. Assalamualaikum Dr sya nk tnya..kakak sya 3 tahun yg lepas telah mengalami pp dan trpksa ddk d wad selama beberapa bulan dan akhirnya trpksa memalui pembedahan kecemasan pada lebih.kurang kandungan berusia 7 bulan..anak dan ibu selamat wlpn bayi trpksa dimasukkan ke picu kerana kurang berat badan..tetapi bayi cuma bertahan selama 13 hari apabila mengalami komplikasi secara mengejut..saya ingin bertanya apakah ada peluang lg untuk kakak sya mengandung setelah 2 kali melakukan cesarean dan setelah 3 tahun berlalu..adakah pp ini.akan berulang lg? Untuk pengetahuan Dr kskak sya berumur 39 tahun

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Luka waktu bersalin