Posts

Showing posts from January, 2011

Cyst ovary waktu hamil

Image
Kebanyakan cyst ovary waktu hamil adalah jenis ' corpus luteal cyst' iaitu bekas karung telor yang tidak pecah, dan ia biasanya mengandungi air. Sampai satu ketika, biasanya kehamilan 5 bulan cyst ini akan pecah dengan sendiri dan air akan diserap olid badan. Saya nasihatkan lebih baik jangan bedah untuk buang cyst waktu hamil kerana ia bolih mencetuskan keguguran. melainkan ian menyebabkan kesakitan yang amat sangat macam sakit appendix.

Penawar Sakit Bersalain

Image
Sakit bersalain adalah rahmat Allah SWT khusus untuk kaum hawa bagi tujuan menghapus dosa. Bersalin adalah saperti pergi berjihad dan jika kita sabar dan sentiasa mengingati dan berzikir pada Allah, insyaallah ganjaran baginya ialah syurga dan dosanya hapus bila selesai bersalin. Jangan sia2kan peluang keemasan ini.

Entonox - sedut gas untuk penawar sakit









Epidural Block



Bayi Songsang Breech

Image
Kedudukan bayi biasa belum stabil lagi sehingga lapan bulan kandungan (32 minggu). Jangan buat apa2 untuk pusingkan bayi. Waktu malam becakap dengan bayi untuk turunkan kepala, bayi akan mendengar dan munkin akan response. Pada 32 minggu jika masih songsang dan tidak ada uri menghalang (placenta previa), saya sering cuba pusingkan (ECV) tapi cara gentle tanpa paksaan.

Kelahiran breech/songsang melalui faraj membawa sedikt risiko kepada bayi, iaitu lemas  yg munkin bolih membawa kepada kematian bayi. Olih itu ia tidak bolih dikendalikan olih mereka yang kurang mahir. Kebolihan dan kemahiran menyambut kelahiran bayi songsang/breech dianggap sebagai ukuran kepandaian pakar bidan tersebut. Ianya satu seni dan bila kita lihat segala pergerakkan untuk menyambut bayi dengan memegang kedua belah kaki dan menarik bayi keluar dari saluran faraj serta dengan gerakan memusing badan bayi untuk mengeluarkan kedua belah tangan , ia saperti satu kemahiran yang unik. Apabila kedua tangan telah keluar…

Merancang jantina bayi

Image
Kita merancang Allah menentukan. Semuanya bolih dirancang termasuk jantina bayi. Kesluruhan kadar kejayaan 70%. Tiga bulan sebelum mencuba buat segala persiapan, untuk kesan waktu subur/ovulation. dan panduan jenis pemakanan dimulakan awal2 lagi.

Mencatit suhu 'Basal Body Temperature' - BBT Chart - sila ikuti link ini



Merancang Jantina
Merancang Jantina Bayi ?



Merancang anak lelaki


Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangka…

Meningkatkan susu ibu

Image

Bedah cesar mengapa?

Image
Bolihkah lahir normal lepas cesar?
Ramai yang masih bolih bersalin normal selepas bedah cesar dengan syarat rongga tulang ponggong tidak sempit.





Perdarahan placenta previa

Image
Pendarahan Akhir Kandungan Pendarahan di akhir kandungan
Perdarahan di peringkat akhir kehamilan mulai tujuh bulan kandungan biasanya menandakan salah satu daripada tiga perkara.
1. Uri pada pintu rahim
2. Accidental haemorrhage
3. Incidental bleeding


1.Uri pada pintu rahim (placenta previa)





Uri yang pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, kadang-kala sampai boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.Dengan ujian ultrasound yangdilakukan ketika ibu melawat doktor pakar perbidanan, biasanya kedudukan uri dapat dikesan samaada di tempat biasa iaitu di bahagian atas rahim atau di bahagian luar biasa iaitu di pangkal rahim .
Langkah-langkah tertentu perlu diambil setelah dikesan kedudukan uri tersebut untuk mencegah berlakunya perdarahan yang banyak khususnya apabila kehamilan mencapai ke peringkat lapan bulan atau lebih.
Kedudukan uri dibawah 'placenta previa' merangkumi dua jenis, pertama ialah dimana uri menutupi pintu rahim sepenuhnya 'placenta previa major' dan ke…

Mencegah keguguran

Image
Mencegah keguguranBagi kebanyakan orang hamil untuk mencapai cukup bulan (37-40 minggu) tidak menjadi masalah. Lebih kurang 10-15% akan mengalami keguguran dan sebahagian besar daripada mereka yang berlaku dalam 3 bulan pertama. Keguguran berlaku sekali  pun sudah cukup untuk menyebabkan trauma mental, dan jika ia terus di berulang, ia sangat buruk padahnya dan boleh merosakkan perkahwinan anda. Saya mempunyai pesakit yang telah hamper 10-12 kali keguguran diperingkat awal kehamilan. Bayangkan kesannya terhadap emosinya, trauma yang amat terok.
Mengurus masalah keguguran.
Biasanya, saya akan melaksanakan penilaian yang sangat berhati-hati, pemeriksaan secara menyeluruh dan penyiasatan makmal yang berkaitan untuk mencari apa-apa punca keguguran. Ada kala  saya dapat mengenal pasti punca-merta, tetapi kadang-kadang saya tidak boleh kerana ia mungkin disebabkan oleh kecacatan genetik / kromosom atau mungkin  terdapat mutiple faktor-faktor berinteraksi.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya…