Posts

Showing posts from 2013

PAK BIDAN SAMPAI HUJUNG JALAN

Image
Sudah 43 tahun jadi doktor dan 40 tahun jadi bidan dan ramai telah saya sambut kelahirannya. Malah dalam tahun 1969 ketika saya masih jadi mahasiwa kedoktoran tahun terakhir saya diwajibkan menyambut 10 kelahiran normal , dan mereka sekarang sudah berumor lebih 40 tahun dan masing2 sudah mempunyai anak. Saya tidak menghitong berapa bayi yang saya sambut kelahiran mereka , tetapi  saya anggarkan banyak juga. Suara pertama didengar olih bayi ialah suara saya yang menyebut kalimah Allah SWT. Saya doakan semua insan2 tersebut diberkati Allah kehidupan mereka didunia dan diakhirat kelak. Kerja bidan memang memberi kepuasan kerana kita menyelamatkan dua nyawa, ibu dan anak serta memberi kegembiraan kepada keluarga, Juga kita bantu menambahkan umat Mohammad. Ada segelintir yang tidak setuju pak bidan sambut kelahiran , sepatutnya mak bidan buat tugas itu. Malah ada yang kritik saya kerja saya haram kerana kerana bermesra dengan bahagian sulit wanita. Semoga Allah ampunkan dosa saya.