Monday, April 4, 2016

Khasiat kulit mangga


Bila kita kopek buah mangga hampir kesemua dikalangan kita akan buang kulitnya dan makan isi buahnya.

Tahukah anda kulit mangga mangandungi banyak khasiat kesihatan? 

Lain kali jangan buang kulit tapi sebelum kopek basuh dengan sempurna dengan air garam untuk hilangkan sisa2 insecticide.

Apa yang terkandung dalam kulit mangga?

1. Vitamin A.
Ia penting untuk kesihatan mata dan terangkan penglihatan. Ia juga penting untuk meningkatkan immunity badan.

2. Vitamin C.
Penting untuk pemulihan luka dan trauma. Juga untuk pertumbuhan sel2 dan baikpulih kulit, tendon, ligaments dan salurdarah. Vit C jugalah antioxidant yang membersihkan free radicals yang merosakkan tisyu.

3. Serat atau fiber. 

Serat adalah penting untuk penghazaman dan gerakkan usus. Ia bolih mencegah sembelit dan juga buasir.

4. Berbagai antioxidants. 

Kulit mangandungi berbagai phytonutrients khususnya mangiferin yang bertindak sebagai antioxidants. Tindakan mereka mengawal kandungan cholesterol dan gula dan seterusnya mencegah berbagai2 penyakit termasuk penyakit kanser. Ia juga bertindak sebagai anti infamatory dan sesuai untuk kawal arthritis (sakit sendi)

Bagaimana cara makan ?

Mereka yang mudah kena allergy dan eczema jangan cuba makan. Begini cara2.
1. Dihiris kecil2 dan makan begitu sahaja. Munkin rasa kelat sedidit.
2. Dikeringkan dibawah sinar mata hari atau dalam oven dan kemudian dimakan saperti chips.
3. Jadikan jeruk dengan direndam dalam air garam.
4. Blend dengan buah2 lain untuk jadikan juz atau smoothie.

Sunday, March 13, 2016

Bedah fibroid besar

Sesi bedah dihospital pantai pagi ini.
 Tumbuhan fibroid besar. Saperti hamil 6 bulan.
Bedah buang fibroid - myomectomy.



Tumbuhan fibroid setelah dibedah


Didalam tumbuhan. Tisyu fibrous.

Rahim ovary dan fallopian selepas pembedahan.

Monday, January 25, 2016

MAKAN TERBAIK UNTK KEHAMILAN.


Ibu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan bayi dalam rahim, kelahiran selamat dan perkembangan anak seterusnya.
'Tangan yang menghayun buai menggoncang dunia'
Pemakanan ibu ketika hamil dan menyusukan adalah sangat penting untuk menghasilkan zuriat terbaik - sihat dan otak yang terbaik yang berpotensi menjadi anak pintar jika diberi rangsangan minda dari awal.

1. TELOR.

Mengandungi perotin mutu terbaik disamping mengandungi 12 jenis vitamins dan logam . Setengah telor diperkaya dengan omega 3 dan DHA yang penting utk otak. Telor juga mengandungi choline bahan penting untuk otak.
Perotin sangat penting sebagai bahan binaan sel2 dan organ bayi.
Murah harganya dan mudah dimasak dan disajikan. Makan 2 biji telor setiap hari.

2. IKAN. 
Ikan juga sumber perotin yang baik . Ikan yang berminyak saperti salmon, tuna dan mackeral mengadungi omega 3 dan DHA yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak.
Ikan2 tersebut mahal tapi ikan kembung tongkol (tuba) dan sardin (bukan dalam tin) juga bermutu.
Ikan yang dimasak rebus/steam dengan halia, bawang, kunyit dan serai lebih baik dari digoreng kering.

3. KEKACANG (beans).
Kacang2 dall, soya, merah, hijau dan peas adalah makanan2 terbaik. Dall sering dimasak dengan daging, kentang dan carrots sebagai lauk kari. Kacang hijau dibuat bubur kacang.
Air kacang soya perlu diminum selalu dan juga produk soya dan tempe adalah baik dimakan.

4. KELEDEK MERAH.

Makanan yang bermutu ini hampir lupus. Selain dari kandungan karbohaidret, ia juga sumber vit. A, folik dan serat.
Daun turi dan keledek merah dimasak lemak atau sayur air bolih meningkatkan susu ibu.

5. WHOLE GRAIN.
Jagong direbus atau sebagai popcorn adalah sumbur makan yg baik; mengadungi vit. E, selenium dan faitonutrient.
Begitu juga oat , barley, beras merah dan pulut : juga wheat yang biasanya kita makan sebagai roti whole meal. Bubur pulut hitam adala makanan berkhasiat.

6. SAYUR2 DAN BUAH2 WARNA WARNI
Makan banyak buah2 dan sayur2 yang berwarna warni -merah, kuning,unggu, hijau dan lain2. Mengadungi berbagai2 vitamin, logam, serat dan antioxidants untuk menangkis dari serangan penyakit.
Buah2 jambu, tembikai, papaya, oren, apel, pear, berries, buah naga, delima dan lain2 buah2 tempatan atau dimport.
Buat juz segar dari buah2. Minum air kelapa muda.
Makan sayur2 sawi, bayam, kangkong, brokoli, kobis, karot, pucuk paku atau ubi, taugeh, bendir, terong dll.
Buat salad atau rojak campuran sayur2 dan buah2. Sungguh enak dan lazat.
Bila ibu banyak makan buah2 dan sayur khususnya dalam kandungan 3 bulan terakhir bayi juga membentuk kegemaran makan buah2 dan sayur2 bila lahir kelak.

7. DAGING MERAH DAN AYAM.

Daging merah (lembu dan kambing) yang telah dibuang lemak dan kulit (ayam) adalah sangat berkhasiat untuk ibu2 hamil dan menyusukan.
Biasakan masak rebus atau steam dengan bayak guna halia, kunyit, bawang dan serai ( masak ala cina atau thai). Kurangkan goreng dan bakar hangus.

8. KACANG2/NUTS.
Kacang almond (badam) , walnut, gajus dan peanuts adalah makanan2 sampingan terbaik bagi ibu2 hamil. Mengandungi poly unsaturated fats dan omega 3 yang penting untuk pembentukan otak bayi. Makan bersama2 kismis atau keroma sebagai sampingan.

9. YOGART DAN SUSU.
Yogart adalah makanan berkhasiat. Mengandungi perotin dan kalsium tapi munkin ia bukan satu pemakanan yang digemari olih semua. Disamping itu ia jadi sumber bakteria2 baik dalam perut kita saperti probiotik.
Minuman yogart yang ditambah perisa buah2 banyak terdapat dipasaran. Ibu2 hamil dan menyusukan harap amalkan minuman ini.
Minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

10. SUPLEMENT VITAMIN DAN LOGAM.
Mulakan amalan makan supplement vitamins sebaik sahaja berkahwin dan terus menerus hingga akhir hayat.
Lepas bersalin dan waktu menyusykan makan double dose.
  1. Multivitamins termasuk zat logam2 saperti iron dan folic acid. Jenama2 pasaran obimin, premavit atau lain2.
   2. Kalsium dengan vitamin D
   3. Fish oil yang mengadungi omega3 dan DHA.
   4. Vitamin C 500 mg hingga 1 GM setiap hari.
Amalkanlah makan2 tersebut mengikut kemapuan dan tidak berlebihan. Insa Allah ibu dan anak akan sihat dan anak yang lahir akan berrpotensi jadi pintar/genius.

Friday, May 22, 2015

Kembar empat





Wanita ini mengalami masalah kesuburan dan telah mencuba untuk hamil selama beberapa tahun. Punca masalah ialah PCOS iaitu satu keadaan dimana kilang telor / ovary jarang atau tidak langsung mengeluarkan telor yang matang. Tegasnya ovulation tidak berlaku.
Beliau telah mencuba beberapa kaedah rawatan termasuk makan pil subur clomid tetapi masih gagal mengeluarkan telor matang. Mereka buat keputusan jalani rawtan secara suntik benih suami atau IUI dihospital kerajaan.
Faktor penting dalam rawtan ini ialah pematangan telor. Olih itu beliau diberi suntikan hormon gonal.
Kesan rawatan sutikkan gonal ialah banyak telor matang serentak dan ini bolih menghasilkan kehamilan kembar.

Rawatan dengan hormon gonadotrophin yang diberi secara suntikkan bertujuan mematangkan telor dan bolih menghasilkan kembar - kembar 2, 3, 4 dan seterusnya. Banyak jenama dalam pasaran tetapi yang paling dikenali ialah ubat 'gonal'.

Harganya mahal dan suntikan dimulakan sejurus mula haid disuntikkan setiap hari selama 7 hari atau lebih. Kos rawatan diantara RM 2 hingga 4 ribu. Dos ubat bergantung kepada tujuan rawatan dan masalah yang dihadapi pesakit. Perlu pemantauan rapi dengan ujian darah untuk menyukat paras hormon dan transvaginal ultrasound scanning.

Diantara situasi dimana rawatan  ini diberikan ialah
1. Untuk matangkan telor keatas pesakit PCOS khususnya mereka yang tidak respon dengan ubat penyubur clomid dos tinggi.
2. Dalam rawatan bayi tabung uji atau IVF untuk mendapat sebanyak telor yang bolih.
3. Dalam rawatan suntikkan benih suami atau IUI khususnya jika ovary mengalami PCOS .
4. Hypopituitarism dimana hormon2 perangsang subur FSH dan LH rendah. Ubat hormon suntikkan ini diberikan untuk merangsang pematangan telor.

Pada keseluruhan kejayaan untuk hamil ekoran rawatan ialah antara 20 - 30 % dan hampir 15  % akan hamil kembar.

Walau demikian perlu juga di ingat kemunkinan risiko kesan sampingan yang bolih  menimbulkan satu situasi bahaya iaitu ovarian hyperstimilation syndrome. Kaedaan disebabkan terlalu banyak kantung2 telor yang membesar sehingga menjadi ovarian cysts - ada yang saiznya melebihi 10 cm. Disamping itu menimbulkan takungan air diseleruh badan yang bolih mengganggu pernafasan dan fungsi jantung.

Berbalik kepada kisah pesakit ini yang telah bejaya hamil kembar empat, beliau diancam beberapa risiko ketika hamil - sekarang umor kehamilan hanya 10 minggu.
1. Keguguran
2. Kelahiran pra matang - premature labor.
3. Risiko2 toxemia, anemia, kencing manis dan lain2.

Beliau perlu berehat sepenuhnya hingga kelahiran dan perlu masuk hospital awal iaitu bila kehamilan capai 5-6 bulan.



Saturday, May 9, 2015

Gangguan.Haid




JENIS-JENIS GANGGUAN HAID

Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;


1.Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid.
2.Berapa banyaknya darah haid yang keluar.
3.Jangka waktu haid yang berpanjangan.
4.Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan.
5.Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid.
6.Kelewatan datang haid.
7.Putus haid.

Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.

Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?
 
Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor. 

Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitary yang tidak normal. Kelewatan akil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. 
Kadang-kala berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk. 

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah?
 
Langkah pertama ialah mengenalpasti punca kelewatan haid. Tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada, dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukan tanda pengeluaran oestrogen. 

Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari. Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah.

Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’ dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.

Haid tidak teratur !


Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. 

Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

 

Punca terjadinya gangguan haid.

Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. 

Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).


Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. 
Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin)meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid. 

Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. 
Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.


Punca-punca haid berlebihan dan berpanjangan

1. Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. 
Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. 
Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.

2. Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.

3. Penggunaan alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.

4. Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.

Jenis-jenis pendarahan luarbiasa:

1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid(premenstrual staining) atau selepas haid(postmenstrual staining)dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. 
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. 
Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.


2.Perdarahan selepas persetubuhan
Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. 
Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.


3.Perdarahan lepas putus haid
Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon oestrogen.

Tuesday, September 3, 2013

PAK BIDAN SAMPAI HUJUNG JALAN

Sudah 43 tahun jadi doktor dan 40 tahun jadi bidan dan ramai telah saya sambut kelahirannya. Malah dalam tahun 1969 ketika saya masih jadi mahasiwa kedoktoran tahun terakhir saya diwajibkan menyambut 10 kelahiran normal , dan mereka sekarang sudah berumor lebih 40 tahun dan masing2 sudah mempunyai anak.

Saya tidak menghitong berapa bayi yang saya sambut kelahiran mereka , tetapi  saya anggarkan banyak juga. Suara pertama didengar olih bayi ialah suara saya yang menyebut kalimah Allah SWT. Saya doakan semua insan2 tersebut diberkati Allah kehidupan mereka didunia dan diakhirat kelak.

Kerja bidan memang memberi kepuasan kerana kita menyelamatkan dua nyawa, ibu dan anak serta memberi kegembiraan kepada keluarga, Juga kita bantu menambahkan umat Mohammad. Ada segelintir yang tidak setuju pak bidan sambut kelahiran , sepatutnya mak bidan buat tugas itu. Malah ada yang kritik saya kerja saya haram kerana kerana bermesra dengan bahagian sulit wanita. Semoga Allah ampunkan dosa saya.

Saya ingin mengumumkan mulai awal tahun 2014 saya tidak lagi menyambut kelahiran yang normal atas sebab2kesihatan dan umor saya sudah menjangkau 70 tahun(mengikut kiraan hijrah). .

In sha Allah saya akan terus beri khidmat pakar saperti berikut:

1. membantu pasangan2yang menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat
2. menolong wanita2yang sering mengalami keguguran berulang2 kali.
3. memberi khidmat jagaan awal kehamilan sehingga 5 bulan umor kehamilan.
4. memberi nasihat 'Prenatal diagnosis' keatas mereka yang diancam kemunkinan bayi  cacat.
5. memberi khidmat membetulkan kedudukan bayi songsang pada umor kehamilan 32 - 34 minggu dengan kaedah ' external cephalic version'.
6. memberi rawatan kandungan yang ancam gugur pada 3 bulan pertama kehamilan.
7. melakukan pembedahan cesarean elektif  (bukan emergency cesar), khususnya mereka yang pernah bedah cesarean dan perlu diulang sehingga 5-6 kali. Juga mereka yang hamil dengan ada tumbuhan fibroid dan perlu bedah cesarean dan buang tumbuhan fibroid ( myoectomy ) serentak dalam satu pembedahan.
8. memberi nasihat samada bolih lalui normal delivery atau terus bedah cesarean pada umor kehamilan 36-37 minggu.
Saya tetap akan meneruskan perkhidmatan pakar kesihatan wanita khususnya dalam bidang kesuburan dan kemandulan, gynecology ,perancang keluarga dan counselling. Saya akan terus memberi khidmat pembedahan untuk mengatasi penyakit2 tumbuhan dalam peranakkan wanita dan untuk mereka yang berusaha mendapat zuriat. Tiga sessi pemedahan , dua dihospital Pantai Bangsar pada hari isnin dan khamis dan satu sessi bedah diklinik day surgery pada hari rabu akan diteruskan.

Untuk buat temu janji










Tuesday, August 16, 2011

Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?

Seorang ibu umor tiga pulohan telah melahirkan anak 3 kali, yang pertama cesarean sebab kandungan kembar, yang kedua lahir normal dan berat  bayi 3.5 kg , yang ketiga cesarean sebab bayi berak dalam kandungan (fetal distress) berat bayi 3.9 kg.


Ini kandungan keempat dan sudah lapan bulan/32 minggu. Beliau hendak cuba lahir secara normal dan telah berjumpa beberapa pakar bidan dan semuanya kata perlu cesarean . Ini memang amalan semasa dikalang pakar bidan, bila sudah 2 kali cesarean , memang tidak ada pilihan mesti bedah cesarean kali ketiga. Malah mereka paksa ikat saluran fallopian (Tubal ligation).

Ramai juga yang minta yang kendalikan kelahiran secara normal lepas 2 kali cesarean , tapi saya buat penilaian teliti tentang sebab2 buat cesarean dulu, tengok saiz rongga ponggongnya cukup luas atau tidak, munkin perlu xray pelvimetry pada umur kandungan 37 minggu untuk ukur saiz rongga dan kepala bayi bolih masuk atau tidak.
 Saya nasihatkan ibu2 berkenaan untuk kawal makan karbohaidret( nasi, mee, roti, kuih2 dll) gula dan semua jenis manisan. Lebihkan lauk , sayur2 dan buah2. Ini untuk mengawal berat bayi ketika lahir agar mudah lahir secara normal.

Mulai umur kandungan 37 minggu saya buat pemeriksaan vagina, untuk menilai pintu rahim samada ia mudah buka atau tidak dan kepala bayi bolih dan mudah turun atau tidak dan saya juga lakukan 'membrane sweeping' pada ketika itu . Jika saiz rongga penggong luas dan pintu rahim mudah buka dan kepala bayi bolih 'engaged' , saya syorkan cuba lahir normal. Anggaran dari pengalaman yang lepas akhirnya 50 % akan dapat lahir secara normal.