Posts

Showing posts from 2015

Kembar empat

Image
Wanita ini mengalami masalah kesuburan dan telah mencuba untuk hamil selama beberapa tahun. Punca masalah ialah PCOS iaitu satu keadaan dimana kilang telor / ovary jarang atau tidak langsung mengeluarkan telor yang matang. Tegasnya ovulation tidak berlaku.
Beliau telah mencuba beberapa kaedah rawatan termasuk makan pil subur clomid tetapi masih gagal mengeluarkan telor matang. Mereka buat keputusan jalani rawtan secara suntik benih suami atau IUI dihospital kerajaan.
Faktor penting dalam rawtan ini ialah pematangan telor. Olih itu beliau diberi suntikan hormon gonal.
Kesan rawatan sutikkan gonal ialah banyak telor matang serentak dan ini bolih menghasilkan kehamilan kembar.

Rawatan dengan hormon gonadotrophin yang diberi secara suntikkan bertujuan mematangkan telor dan bolih menghasilkan kembar - kembar 2, 3, 4 dan seterusnya. Banyak jenama dalam pasaran tetapi yang paling dikenali ialah ubat 'gonal'.

Harganya mahal dan suntikan dimulakan sejurus mula haid disuntikkan setiap …

Gangguan.Haid

Image
JENIS-JENIS GANGGUAN HAID
Seperti keadaan dalam tubuh manusia yang lain, haid juga boleh tergangguan. Jenis-jenis gangguannya ialah;

1.Berbagai jenis gangguan pada pusingan haid. 2.Berapa banyaknya darah haid yang keluar. 3.Jangka waktu haid yang berpanjangan. 4.Pendarahan di luar waktu haid, seperti selepas persetubuhan. 5.Kesakitan sebelum, semasa atau selepas haid. 6.Kelewatan datang haid. 7.Putus haid.
Gangguan haid berlaku oleh kerana berbagai-bagai punca seperti tekanan jiwa dan emosi, keadaan hormon yang tidak seimbang, kehamilan, penyusuan bayi, kegunaan hormon, penyakit dalam kelenjar pituitary atau ovary atau ketumbuhan seperti barah dalam rahim atau pangkal rahim.
Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan?
Biasanya seseorang gadis akan mengalami haid pada umur 12 tahun sehingga usia gadis itu 16 tahun. Di dalam jankamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat perhatian daripada doktor. 
Kegagalan turun haid i…