Posts

Showing posts from August, 2011

Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?

Image
Seorang ibu umor tiga pulohan telah melahirkan anak 3 kali, yang pertama cesarean sebab kandungan kembar, yang kedua lahir normal dan berat  bayi 3.5 kg , yang ketiga cesarean sebab bayi berak dalam kandungan (fetal distress) berat bayi 3.9 kg. Ini kandungan keempat dan sudah lapan bulan/32 minggu. Beliau hendak cuba lahir secara normal dan telah berjumpa beberapa pakar bidan dan semuanya kata perlu cesarean . Ini memang amalan semasa dikalang pakar bidan, bila sudah 2 kali cesarean , memang tidak ada pilihan mesti bedah cesarean kali ketiga. Malah mereka paksa ikat saluran fallopian (Tubal ligation). Ramai juga yang minta yang kendalikan kelahiran secara normal lepas 2 kali cesarean , tapi saya buat penilaian teliti tentang sebab2 buat cesarean dulu, tengok saiz rongga ponggongnya cukup luas atau tidak, munkin perlu xray pelvimetry pada umur kandungan 37 minggu untuk ukur saiz rongga dan kepala bayi bolih masuk atau tidak.  Saya nasihatkan ibu2 berkenaan untuk kawal makan karboh