PAK BIDAN SAMPAI HUJUNG JALAN

Sudah 43 tahun jadi doktor dan 40 tahun jadi bidan dan ramai telah saya sambut kelahirannya. Malah dalam tahun 1969 ketika saya masih jadi mahasiwa kedoktoran tahun terakhir saya diwajibkan menyambut 10 kelahiran normal , dan mereka sekarang sudah berumor lebih 40 tahun dan masing2 sudah mempunyai anak.

Saya tidak menghitong berapa bayi yang saya sambut kelahiran mereka , tetapi  saya anggarkan banyak juga. Suara pertama didengar olih bayi ialah suara saya yang menyebut kalimah Allah SWT. Saya doakan semua insan2 tersebut diberkati Allah kehidupan mereka didunia dan diakhirat kelak.

Kerja bidan memang memberi kepuasan kerana kita menyelamatkan dua nyawa, ibu dan anak serta memberi kegembiraan kepada keluarga, Juga kita bantu menambahkan umat Mohammad. Ada segelintir yang tidak setuju pak bidan sambut kelahiran , sepatutnya mak bidan buat tugas itu. Malah ada yang kritik saya kerja saya haram kerana kerana bermesra dengan bahagian sulit wanita. Semoga Allah ampunkan dosa saya.

Saya ingin mengumumkan mulai awal tahun 2014 saya tidak lagi menyambut kelahiran yang normal atas sebab2kesihatan dan umor saya sudah menjangkau 70 tahun(mengikut kiraan hijrah). .

In sha Allah saya akan terus beri khidmat pakar saperti berikut:

1. membantu pasangan2yang menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat
2. menolong wanita2yang sering mengalami keguguran berulang2 kali.
3. memberi khidmat jagaan awal kehamilan sehingga 5 bulan umor kehamilan.
4. memberi nasihat 'Prenatal diagnosis' keatas mereka yang diancam kemunkinan bayi  cacat.
5. memberi khidmat membetulkan kedudukan bayi songsang pada umor kehamilan 32 - 34 minggu dengan kaedah ' external cephalic version'.
6. memberi rawatan kandungan yang ancam gugur pada 3 bulan pertama kehamilan.
7. melakukan pembedahan cesarean elektif  (bukan emergency cesar), khususnya mereka yang pernah bedah cesarean dan perlu diulang sehingga 5-6 kali. Juga mereka yang hamil dengan ada tumbuhan fibroid dan perlu bedah cesarean dan buang tumbuhan fibroid ( myoectomy ) serentak dalam satu pembedahan.
8. memberi nasihat samada bolih lalui normal delivery atau terus bedah cesarean pada umor kehamilan 36-37 minggu.
Saya tetap akan meneruskan perkhidmatan pakar kesihatan wanita khususnya dalam bidang kesuburan dan kemandulan, gynecology ,perancang keluarga dan counselling. Saya akan terus memberi khidmat pembedahan untuk mengatasi penyakit2 tumbuhan dalam peranakkan wanita dan untuk mereka yang berusaha mendapat zuriat. Tiga sessi pemedahan , dua dihospital Pantai Bangsar pada hari isnin dan khamis dan satu sessi bedah diklinik day surgery pada hari rabu akan diteruskan.

Untuk buat temu janji










Comments

  1. Moga khidmat Pak Bidan berterusan walaupun selepas bersara nanti.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah swt yg dapat balas jasa pak bidan.. semiga diberikan kesihatan yang baik walaupun umur dah 70tahun dan tidak berhenti untuk memberi kaunseling berkaitan masalah wanita... semoga dirahmati Allah swt.. http://www.vitaminutrisikeluarga.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tepukan yang ikhlas kepada Dr. Hamid yang tekad menyambut kelahiran bayi yang bakal menjadi aset negara.

    Di sini kami juga ingin memperkenalkan diri kami sebagai pakar membuang batu hempedu. Kami tahu bahawa ramai wanita yang telah bersalin diserang batu hempedu. Malangnya, sering kali mereka diseru membuang hempedu yang memrupakan kurniaan Tuhan.

    Kini, Agro pluZ Biotech Sdn Bhd telah mengkaji produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral. Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin dalam 12 jam sahaja.

    Hubungi kami di 012 3688 507 (Jloh) atau 016 650 3131 (Jmin) untuk maklumat yang lebih lanjut.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. I have to say i am very impressed with the way you efficiently blog and your posts are so informative. You have really have managed to catch the attention of many it seems keep it up!
    HealthCare CPA

    ReplyDelete
  6. I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well. Really the blogging is spreading its wings rapidly. Your write up is a fine example of it.
    LOOSE NOTE COUNTING MACHINE in bhubaneswar

    ReplyDelete
  7. Sedih pulak baca entry prof yang ni..

    Allahuakbar! Mulianya tugas seorang doktor seperti prof.

    Saya percaya..jika sekiranya arwah abah saya masih hidup..abah pon gembira melihat pencapaian prof..Alfu mabruk daripada kami sefamili..

    Jika prof masih ingat arwah abah saya..Cikgu Suleiman b.Siran (orang pt beting,jalan Salleh,Muar)

    Arwah abah pernah bercerita yang salah seorang anak muridnya yg berjaya ialah prof.

    Begitu subur ingatan seorang guru kepada anak didiknya ini.

    Doa saya, muga doktor terus sihat dan dapat menabur bakti selagi hayat dikandung badan..amin ya rabbal'alamin...

    WaAllahualam


    Salam ukhwah
    Latifah Suleiman

    ReplyDelete
  8. Mencari bidan yg bole menyambut kelahiran bayi..msg or call 0172774865 urgent

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?