Posts

Showing posts from March, 2011

Sakit bersalin berpanjangan

Image
Bila mulanya peroses labour/sakit bersalain?  Wanita ini bernyanyi ketika sakit bersalin untuk mengalih tumpuan mindanya. Kita bolih mengaji Quran untuk capai tujuan sama. Ramai bakal2 ibu risau bila akan bermula labour, ada yang tidak sabar menanti, kalau bolih hendak secepat munkin sebab kandungan semakin jadi berat dan beban kepadanya. Untuk kehamilan  sulong, seibu mesti lebih stress/tension. maklum ini pengalaman pertama , tidak tahu apa situasi yang akan dihadapi. Masuk bulan terakhir, kuncupan rahim mula dirasai, ini dianggap sebagai warming up , ikut bahasa medical kuncupan ini digelar 'Braxton Hicks contraction' . seibu hanya rasa rahimnya mengeras tetapi tidak sakit. Sering berlaku apa yang dipanggil 'false labour', ia itu kuncupan rahim yang disertai kesakitan, dan berlaku setengah jam sekali tetapi bila diperiksa pintu rahim masih tutup lagi. Bagi kehamilan sulong jangan tergesa2 masuk hospital walaupun  tanda/show (lendir bercampur darah)  sudah k...

Dilema Pak Bidan

Image
Kadang kala kerja pak bidan stress juga , khususnya bila berdepan dengan situasi dimana pesakit dan suami yang mempunyai pandangan berlainan dan sukar mengikuti nasihat saya. Ini berkaitan cerita seorang pesakit yg baru saya sambut kelahirannya. Tujuan cerita ini hanya untuk tujuan sebagai iktibar sahaja, bukan untuk tujuan mengkritik atau menghina sesiapa. Seorang wanita umur tiga puluhan tahun , berkahwin dengan seorang lelaki dari negara lain. Pasangan tersebut berjumpa saya kerana kehamilannya, anak sulung disyakki mengidap down syndrome dari satu ujian darah , mereka mohon pandangan saya apa nak buat tentang kandungannya, Perlukah buat ujian2  lain untuk mengesahkan diagnosis. Pendapat saya berbeza dari banyak doktor2 lain khususnya doktor bukan muslim. Walaupun kita bolih sahkan down syndrome dengan ujian khas - amniocentesis dan chromosome analysis, kita tidak dibolihkan menggugurkan kandungan. Lihat video ini Lagipun umur kandungannya ketika berjumpa saya telah meleb...

Mengapa perlu induction

Image
Gambar - ARM atau prosedur induction - pecahkan membrane untuk keluarkan air toban Kebanyakan kelahiran berlaku secara spontan, iaitu sakit bersalin tercetus secara tiba2 apabila sudah sampai cukup bulan atau 'term' iaitu mulai 37 hingga 40 minggu umur kandungan. Tarikh EDD biasa dikitra 40 minggu dari hari pertama haid terakhir. Bagaimana sakit bersalin bermula ? Sebenarnya kita tidak mengetahuai dengan tepat apa yang mecetuskan sakit bersalin. Allah maha mengetahui. Tetapi bayi yang menentukan , ia mengeluarkan sejenis kimia perangsang yang menyebabkan rahim menguncup/contraction. Diantara bahan2 tersebut ialah oxytocin dan prostaglandins dan inilah ubat2 yang kita biasa gunakan untuk 'induction of labour' Mengapa perlu induction? 1. Kehamilan yang melebihi tarikh jangka lahir/EDD(berasaskan 40 minggu sebagai cukup bulan) . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan kerana kajian menunjukkan kejadian bayi...

Epidural block hilangkan sakit

Image
Ini satu kaedah untuk menyekat saraf2 yang membawa deria kesakitan dibahagian bawah tubuh seseorang dan dengan prosedur epidural ia tidak akan merasai apa2 sensasi dari bahagian rusuk kebawah sehingga hujung jari kaki. Bebagai jenis pembedahan dalam perut dan usus, organ peranakkan, dan seluruh kaki bolih dilakukan dengan pesakit sedar sepenuhnya. aepidural block sangat berguna kepada pesakit2 dalam bidang kebidanan dan sakitpuan. Sakit bersalin bolih dihapuskan sama sekali dan ini sangat berguna kepada yang sangat takut kepada kesakitan. Bagi yang hamil anak sulung yang mana sakit labour bolih berpanjangan, ia sangat melegakan pesakit. Begitu juga mereka yang perlu diberi ubat untuk menguatkan kuncupan rahim saperti pitocin dan badi mereka yang cuba melahirkan secara normal dengan anak songsang/breech. Begitu jug untuk semua kaedah kelahiran yang menggunakan alat saperti forceps dan vakum, epidural memudahkan procedur kelahiran. Jikka berlaku luka atau t...

Doa 2 waktu hamil dan bersalin

Image
Boedoalah kepada Allah SWT agar diberkati kehamilan dan kelahiran, serta dimudahkan kelahiran dan selamat ibu dan anak. Doa2 ini dipetik dari buku kecil bertajuk ' Panduan doa untuk sihat dan zuriat' . Karangan saya dan ustaz Shafie Jali ketika saya di LPPKN. Insya Allah saya akan cuba citak semula.        

Kenangan dari Mamawana

Image
Saat itu sungguh indah ketika aku membawa Wana yg baru berusia satu bulan untuk appointment dgn doktor pakar yg telah bersusah payah menjaga kandungan ku selama 9 bulan dan beliau juga yg melakukan pembedahan caesarean utk kelahiran sulong ku iaitu Datuk Dr Hamid Arshat. Rasa bahagia ketika itu hingga tidak sabar untuk bertemu doktor kerana beliau banyak memberi nasihat, doa-doa dan zikir untuk ku amalkan sepanjang kehamilan. Beliau seorang doktor yg lemah lembut dan kaya dgn sifat kebapaan yang sungguh mulia. Terima kasih doktor. Sedikit perkongsian, setahun sebelum berjaya mengandung mama dinasihatkan untuk menjalani operasi laparoscopy kerana darah beku di saluran fallopian. Walaupun pembedahan itu nampak simple dan sekejap sahaja tetapi selepas habis ubat bius kesakitannya sangat memuncak di mana dua hari selepas dibenarkan pulang ke rumah, perut mama masuk angin kembung spt org mengandung 9 bulan.  Perut rasa seakan nak pecah. Ketika itu segalanya ...

Kehamilan luar rahim

Image
Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan.Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran. Diantara gejala-gejala yang mungkin timbul diperingkat awal kehamilan ialah keguguran . Lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan mungkin gugur atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggur (molar pregnancy /hydatidiform) atau kehamilan di luar rahim. Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan yang berketul-ketul disertai kesakitan yang kuata.Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin tersebut. Apabila keadaan ini berlaku kita boleh anggap kemungkinan kehamilan ini a...