Mengapa perlu induction


Gambar - ARM atau prosedur induction - pecahkan membrane untuk keluarkan air toban

Kebanyakan kelahiran berlaku secara spontan, iaitu sakit bersalin tercetus secara tiba2 apabila sudah sampai cukup bulan atau 'term' iaitu mulai 37 hingga 40 minggu umur kandungan. Tarikh EDD biasa dikitra 40 minggu dari hari pertama haid terakhir.

Bagaimana sakit bersalin bermula ?

Sebenarnya kita tidak mengetahuai dengan tepat apa yang mecetuskan sakit bersalin. Allah maha mengetahui. Tetapi bayi yang menentukan , ia mengeluarkan sejenis kimia perangsang yang menyebabkan rahim menguncup/contraction. Diantara bahan2 tersebut ialah oxytocin dan prostaglandins dan inilah ubat2 yang kita biasa gunakan untuk 'induction of labour'

Mengapa perlu induction?



1. Kehamilan yang melebihi tarikh jangka lahir/EDD(berasaskan 40 minggu sebagai cukup bulan) . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan kerana kajian menunjukkan kejadian bayi mati dalam rahim selepas 42 minggu kehamilan meningkat tinggi.

2. Bayi terancam olih kaedaan2 berikut -  preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki),  pertumbuhan bayi bolih terencat , nyawa ibu bolih terancam jika berlaku 'sawan beranak'/ eclamptic fit. Uri rosak dan mengeluarkan racun.

3 .Diabetes,  pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi bolih mati sebelum cukup bulan.

4. 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri - dan kesannya ialah bayi tidak membesar/rendah berat badan atau IUGR.

5. Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab2 peribadi

Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37-40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg

INDUCED LABOUR

Bagaimana saya lakukan

Satelah membuat keputusan untuk induce, saya akan periksa vaginal(VE) untuk menilai kaedaan pintu rahim, sudah terbuka atau masih tutup, lembut atau keras - mudah buka atau tidak apabila kita mulakan ubat penguncup rahim.

Ketika buat VE saya lakukan apa yang digelar 'sweeping of membrane' . Ini untuk membuka sedikit pintu rahim disamping ia mencetuskan pengeluaran hormon prostaglandin yang memulakan kuncupan rahim/contraction. Justeru itu sakit bersalin bolih bermula secara spontan.

Kedudukan kepala bayi dan keluasan ruang rongga  ponggng pun penting untuk menentukan samada kelahiran secara normal bolih berlaku atau tidak,

Masuk wad bersalin dihospital awal pagi lepas subuh. Pesakit akan diberi enema utuk mengosongkab saluran najis bagi memudahkan kepala bayi turun kedalam rongga ponggong.

Ubat perangsang kuncupan rahim.

Oxytocin/Pitocin akan diberikan secara iv drip, biasa saya mulakan 2 atau 5 units dalam sebotol air saline dan diberikan perlahan2 mulai 10 dpm dan seterusnya ditingkatkan mengikut response yang diukur dari kekerapan kuncupan rahim. Sasaran kita ialah kuncupan yang kuat selama 40-45 saat dan berlaku setiap 2-3 minit sekali.

Selain dari pitocin, ubat prostaglandin juga digunakan untuk induction,, jenama yang terkenal ialah 'cytotec', sabenarnya ubat ini sering digunakan untuk merawat gastrik, tetapi tindakan meransang kuncupan rahim amat kuat ban berkesan. Ia dimasukkan kedalam faraj dengan dos permulaan 1/4 tablet, dan bolih ditingkatkan kepada 1/2 tablet 4-6 jam kemudian jika contraction tidak bermula atau tidak kuat . Saya sendiri telah menghentikan dari menggunakan cytotec  kerana kadang2 kuncupan rahim terlalu kuat dan kerap sehingga bolih mebahayakan bayi dan ibu.

ARM atau memecahkan membrane amnion bolih mempercepat kelahiran. Prosedur ini sering saya lakukan apabila contraction sudah kerap dan sederhana kuatnya, ARM dilkukan dengan alat khas dan biasanya bila pintu rahim sudah mula terbuka, 2-3 cm. Air toban dikeluarkan dan dari warnanya yang jernih , kita tahu kaedaan bayi adalah sihat, tetapi jika berwarna hijau sebab bayi telah mengeluarkan najis ini munkin tanda bayi terancam atau fetal distress.

Pengurusan labour dan kelahiran adalah saperti biasa. Labour monitoring perlu rapi denagn menggunakan peralatan elektronik CTG untk memantau contraction dan denyutan jantung bayi.

Apa keputusan induction.

Kebanyakkan ibu2 akan melahirkan secara normal. Sebahagian kecil munkin perlu dilahirkan secara vakum atau forceps olih sebab sempit saluran beranak/perineum atau berlaku fetal distress ketika pintu rahim terbuka sepenuhnya.

Gagal paksaan/Failed induction

Dianggarkan 10% gagal induction - samaada pintu rahim tidak membuka atau telah tetlalu lama tidak ada kemajuan , melebihi 12 jam atau berlaku bayi lemas atau fetal distresd. Dalam kaedan2 tersebut tiada pilihan melainkan kelahiran secara bedah cesarean.


Cara mengesan bayi lemas/fetal distress

Comments

  1. bagaimana untuk mendapatkan ubat cytotec tu??
    ada sape boleh tolong...

    ReplyDelete
  2. salam doc...skrg sye 35minggu 2hari dan doc mencadangkan untuk sye di induce pada kandungan 37minggu kerana doc kate baby sye kecil iaitu (35minggu - 1.96kg)..perlu ke induce ini dilakukan dan tak boleh ke tunggu sehingga sye sakit bersalin???kerana dulu masa anak pertama sye juga diinduce kerana bby kecil ..doc anggarkan 2.3kg sahaja tetapi pabila keluar berat bby sye 2.9kg..sye diinduce tetapi tidak berjaya dan terpaksa menahan sakit selama 12jam dimana bukaan sye hanyalah 1cm sahaja dan seterusnya sye di operate..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Luka waktu bersalin