Bayi lemas / fetal distress

Apakah makna bayi lemas atau fetal distress?

Bolih dikatakan punca yang sering kita dengar mengapa bayi dilahirkan secara bedah cesarean ialah ' fetal distress'. Malah ia juga jadi penyebab bagi doktor bidan lakukan kelahiran secara forceps atau vakum.

Situasi ini timbul sebab bekalan oksijen kepada bayi ketika labor/sakit bersalin berkurangan sehingga ia bolih mengancam nyawa bayi. Perlu dingat bayi mendapat bekalan oksijen dan pemakanan dari ibu melalui perantaraan uri dan tali pusat.

Apakah punca yang menyebabkan bekalan oksijen ini berkurangan atau terputus sama sekali? 
Sebenarnya gangguan bekalan oksijen bolih berlaku ketika hamil sebelum sakit bersalin/ labor berlaku. Sebab itu pemantauan pertumbuhan bayi dalam dua bulan terakhir kehamilan amat penting. Gejala pertumbuhan bayi menandakan gangguan pada fungsi uri yang berperanan sebagai pembekal makanan dan oksijen kepada bayi. Ia bolih dikesan dari beberapa petanda, turun atau tidak naik berat badan ibu, ukuran tinggi rahim pada perut ibu dan kekerapan gerakan bayi dalam perut ibu.
Lebih tepat lagi ,untuk mengukur gejala pertumbuhan bayi dan kecekapan fungsi uri ialah melakukan beberapa ukuran tubuh bayi dengan alat ultrsound scan. Diantara ukuran2 ialah, biparietal diameter kepala (BPD) , femur length (FL), abdominal circumference (AC) dan dari sini anggaran berat badan bayi bolih dibuat. Anggaran amaun air toban bolih juga dibuat dengan scanning. Dari angka2 tersebut , doktor bidan bolih membuat jangkaan samada bayi bolih lahir secara normal atau tidak. Jika berlaku gejala pertumbuhan bayi sebab fungsi uri terganggu (placental insufficiency) , bayi ini tidak tahan menempuhi sakit bersalin/ labor dan situasi bayi lemas/ fetal distress akan timbul. Lebih selamat lagi bayi ini dilahirkan secara bedah cesar sebelum labor.

Satu lagi faktor yang bolih meyebabkan gangguan bekalan oksijen kepada bayi ialah perdarahan ketika hamil yang mengakibatkan kerosakkan uri saperti yang berlaku pada accidental hemorrhage.

Toxemia iaitu satu rangkaian gejala terdiri dari tekanan darah tinggi, kencing mengandungi perotin dan bengkak kaki/ edema, juga bolih menyebabkan gangguan bekalan oksijen ekoran dari kerosakkan uri.

Lilitan tali pusat keliling lehir bayi khususnya jika terlilit banyak kali pusingan bolih menyebabkan bayi lemas waktu labor. Kadang kali lilitan ini dapat dikesan waktu ultrasound scanning. Tidak semua lilitan tali pusat menyebabkan bayi lemas. Saya banyak kali melahirkan bayi secara normal atau vakum dengan tali pusat terlilit tetapi tidak langsung ada kesan gangguan bekalan oksijen pada bayi.

Satu lagi kaedaan yang berpotensi menimbulkan situasi bayi lemas ialah rongga ponggong ibu sempit iaitu cephalo pelvic disproportion (CPD). Biasanya ukuran tinggi ibu rendah iaitu kurang dari lima kaki. Dalam situasi begini jika labor dibenarkan berterusan akhirnya bayi akan lemas.

Kadang2 bentuk rongga ponggong ibu tidak bulat tetapi lepir dan ini juga bolih timbulkan kaedaan bayi lemas.
Ada kala juga kepala bayi bila masuk kedalam rongga ponggong ketika labor dalam kaedaan sengit (asynclitism) dan ini menyebabkan labor berpanjangan dan akhirnya bayi lemas.

Ada kalanya berlaku pintu rahim tidak mahu buka ketika labor dan berterusan begitu walau pun telah lama sakit bersalin dan akhirnya bayi lemas. Kaedaan ini digelar cervical dystocia.

Sangat penting untuk memantau kemajuan labor : kekerapan dan kekuatan kuncupan rahim, kadar denyutan jantung bayi, dan pembukaan pintu rahim serta kedudukan kepala bayi didalam rongga ponggong. Hampir kesemua hospital bersalin mempunyai alat2 pemantau CTG untuk memudahkan doktor dan bidan mengesan bayi lemas / fetal distress. Kemudahan ini telah dapat mengurangkan kadar kematian dan kecacatan bayi.










Apakah tanda2 bayi lemas ketika sakit bersalin?

Tanda utama ialah kadar denyut jantung menurun ke 120 beat/min kebawah atau melebihi 180 bt/min atau FH tracing menunjukkan 'flat' tanpa turun naik, dan air toban berwarna hijau bercampur najis bayi. Lebih lagi lihat video ini.





What is Fetal Distress?

The theory of fetal distress is this:
  • Neurological damage occurs when the baby's brain is deprived of oxygen. Lack of oxygen to the brain can be recognized by patterns in the baby's heart rate.
  • When the baby's heart rate pattern demonstrates a lack of oxygen (fetal distress) it is necessary for the baby to be born immediately.
  • To recognize changes in oxygenation, the baby's heart rate will be monitored, probably with an electronic fetal monitor (EFM) during labor for indications of fetal distress.
Read more about fetal distress

Comments

  1. Assalammualaikum Dr.

    Anak sulung saya mengalami stillbirth pada umur kandungan 39 minggu 3 hari, hanya 4 hari sebelum EDD sebulan yang lalu. Saya masih belum ada keputusan daripada Dr. Pakar, tetapi semasa saya bersalin, Dr. yang menyambut kelahiran baby saya memberitahu yang tali pusatnya terjerut di leher.

    Saya memang syak kemungkinan besar baby saya lemas semasa saya mula sakit bersalin. Saya sangat sedih kerana ini kehamilan pertama saya, jadi saya memang tiada pengalaman dan saya sangat harapkan baby saya itu. Tetapi kini saya redha kerana percaya ini semua ketentuannya.

    Saya hendak minta pendapat Dr., kalau saya dan baby saya disahkan tidak bermasalah, bila kah tempoh masa yang sesuai sebelum saya boleh mencuba lagi? Saya amat merasa kekosongan setelah kehilangan putera sulung saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Luka waktu bersalin