Cara mudah bersalin
Bersalin satu rahmat. Besar pahala.
Setengah wanita mudah melalui kelahiran tanpa kesakitan yang terok dan berpanjangan, manakala yang lain memang perlu merintangi cabaran kesakitan yang kuat dan berpanjangan.
Alhamdulillah isteri saya mudah melahirkan 5 anak saya dan mengalami sakit bersalain selama satu hingga dua jam sahaja. Anak2 dan menantu perempuan pun mudah melahirkan anak , tapi sakit lebih lama lagi 4-6 jam. dan mereka tidak memerlukan apa2 ubat penawar sakit. Munkin faktor baka dan keturunan ada memainkan peranan.
n
Kaedah mudah bersalin.
1. Jagaan prenatal/ waktu hamil yang sempurna dan mengikut jadual yang ditentukan olih klinik ibu dan anak adalah sangat penting.
2. Hanya kandungan yang normal dan cukup bulan ( 37 hingga 41 minggu) sahaja yang bolih cuba melahirkan secara normal.
3. Munkin tidak sesuai melahirkan secara normal bagi mereka yang bermasalah saperti, darah tinggi dan toxemia, kencing manis, bayi songsang atau melintang, bayi terhencat pertumbuhan (IUGR) , rongga ponggong sempit (CPD) , pernah bedah cesarean, pernah bedah buang fibroid atau cyst atau lain2 masalah penyakit ibu dan bayi dalam kandungan.
Mereka perlu nasihat doktor pakar bidan untuk ditentukan kaedah kelahiran; normal atau bedah cesar.
4. Mulai 36 minggu kehamilan biasanya kuncupan rahim mula berlaku ; digelar Braxton Hicks contraction. Rasa mengeras pada rahim untuk beberapa saat tanpa menimbulkan kesakitan. Sering berlaku waktu malam
Akan menjadi lebih kerap dan lebih lama.
Kuncupan ini untuk memantapkan kedudukan kepala bayi dalam rongga punggung. Menipis dan meregang otot pangkal rahim serta membuka pintu rahim; peroses digelar effacement of cervix.
5. Antenatal exercise.
Berjalan kaki selama 30 minit dalam bulan terakhir kehamilan memudahkan kepala bayi turun dan masuk rongga ponggong serta membuka pintu rahim.
Ada juga yang amalkan lari anak / jogging.
6. Amalkan breathing exercise ; sedut nafas panjang melalui hidung dan lepas keluar melalui mulut. Kemudian latih sedut nafas panjang dan lama , kemudan tahan nafas selama yang bolih, waktu ini kekuatan diperlukan untuk meneran bayi keluar bila dah sampai second stage labour dan pintu rahim terbuka sepenuhnya.
7. Ketenangan fikran dan kemantapan mental dan emosi sangat penting. Sokongan serta galakkan emosi dan mental dari suami ibubapa dan saudara mara sangat penting.
8. Kuatkan iman dan sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT setelah kita berusaha.
Sokongan moral dan emosi dari suami dan ibu sangat penting.
9.Banyak baca quran dqn bibir sentiasa berzikir menyebut dan memuji Allah.
10. Makan banyak buah2 dan sayur2, buah papaya, jambu, timbikai , apple, oren, nenas pun bolih. Tujuannya untuk melembutkan pangkal rahim agar pintunya mudah dibuka olih kepala bayi.
11. Hubungan sex pun bolih diteruskan kerana ia membantu buka pintu rahim.
Rangsangan dan Kemuncak seks serta air mani suami mencetuskan kuncupan rahim da membuka pintu rahim.
Akar fatimah. Dijual diMedinah. Biasa diamalkan olih wanita arab untuk mudahkan bersalin. Mulai bulan terakhir (36 - 40 minggu kandungan) minum air rendaman akar fatimah. Ia membantu kuncupan rahim dan membuka pintu rahim. Tentukan tidak ada apa2 masalah kehamilan.
12. Air selusuh - dari bacaan quran, surah yaasin, ayat kursi dan zikir serta selawat.
Air suam yang direndam 'akar fatimah' ini biasa dibeli diMekah atau Medinah, juga mula diminum dibulan terakhir.
Waspada produk2 yang dikatakan mudahkan bersalin, kerana mereka yang makan sering dilanda tumpah darah yang banyak ketika bersalin.
Alhttps://m.facebook.com/hamidarshat45/
13. Rumusan dan amalan doa.
Ahamadulillah sebahagian besar dari wanita muslim daya ketahanan sakit adalah tinggi. Ini bermakna mereka kurang memerlukan bantuan ubat penawar sakit. Ini disebabkan mereka kuat iman dan banyak bertawakkal kepada AllahSWT.
Bacaan 'suhanallah' memang ada kesan untuk mengurangkan sakit atau meringkan bebanan.. Baca fatiha, ayat kursi, 3 qul, berulang2 kali. atau baca mana2 surah alquran - surah mariam mithalnya. Terus menerus berzikir.
Amalkan doa2 ini
Birth simulation on model
asalamualaikum dr. sy ada beberapa soalan:
ReplyDeletesy berumur 28 tahun dan telah berkahwin selama 1 thn 4 bulan. sebelum berkahwin lagi haid saya memang tidak tetap. kdg2 setahun 2-3 kali shj yg dtg.
tetapi baru2 ini sejak dis 2010, haid sy mula dtg tapi sekejap2 (1-2 hari lepas tu berhenti, selang 1 minggu dtg lg).
tp mula dr 24 jan 2011 sehingga hari ini 18 feb 2011, haid yg dtg adalah banyak dan tidak berhenti.darah yg keluar adelah seperti darah haid, dan kadang kala sakit (senggugut) apabila darah yg berketul keluar. Boleh tau x doc ape maslah sy sbnrnya?
P/s: sy adelah seorang obesity dgn berat 143kg
terima kasih doc.
Hormon imbalance,1st of all u need to lose ur weight..
DeleteAssalamualaikum doktor,
ReplyDeleteSaya ibu berusia 32 tahun.
1.Saya melalui kelahiran Ceaserian untuk kedua-dua anak saya. Pertama kerana kedudukan bayi melintang, dan yang kedua kerana bayi terlilit tali pusat dan tidak mahu turun ke bawah. Saya pernah menjalani pemeriksaan x-ray tulang servik dan menurut doktor saya, tiada masaalah untuk saya melalui kelahiran normal. Adakah saya masih berpeluang melahirkan bayi saya yang ketiga dengan kaedah normal?. Anak pertama saya 6 tahun dan yang kedua 3 tahun. Sekarang saya sedang mengandung kira-kira 7 minggu.
2. Saya pernah menjalani rawatan laser di kulit kepala kerana masaalah keguguran rambut tanpa saya menyedari yang masa itu saya telah mengandung. Adakah ini akan menjejaskan janin saya. Untuk pengetahuan doktor, saya tidak mengalami apa-apa alahan semasa mengandung, adakah ini menunjukkan janin saya tidak sihat?
Harap doktor dapat membantu menguraikan kekusutan dan kerungsingan saya ini.
Terima kasih doktor.
Assalamualaikum Dr...
ReplyDeletesaya sedang hamil anak ke 2 dan umur saya 37 tahun.kandungan saya sekarang sudah masuk minggu yg ke 33. masaalah saya ialah apabila saya 'bersama' suami sejak 3 bulan kebelakangan ini.. faraj saya gagal untuk menghasilkan lubricant yang cukup untuk mengadakan hubungan yang selesa. adakah ini normal?
terima kasih Dr..
Kalau boleh saya nak sgt belajar nyambut kelahiran baby....mcm mana caranya????
ReplyDeleteSalam dr...saya ada gdm..kena bersalin 38w..saya risau kena induce..bole terangkan ttg induce...
ReplyDeleteSaya dulu memang lahir normal tetapi kena sebab induce sebab terlebih masa dan bayi makin besar.
ReplyDeleteTapi sakit kontraksi memang lama sampai hilang tenaga untuk meneran.
Lepas tue nak meneran pun takda tenaga smpaikan terpaksa koyak besar.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
ReplyDeleteI think your blog is very nice and did not know other people's comments on your blog is important to always update your blog
ReplyDeletebandar poker online terpercaya di indonesia