Bila kita kopek buah mangga hampir kesemua dikalangan kita akan buang kulitnya dan makan isi buahnya. Tahukah anda kulit mangga mangandungi banyak khasiat kesihatan? Lain kali jangan buang kulit tapi sebelum kopek basuh dengan sempurna dengan air garam untuk hilangkan sisa2 insecticide. Apa yang terkandung dalam kulit mangga? 1. Vitamin A. Ia penting untuk kesihatan mata dan terangkan penglihatan. Ia juga penting untuk meningkatkan immunity badan. 2. Vitamin C. Penting untuk pemulihan luka dan trauma. Juga untuk pertumbuhan sel2 dan baikpulih kulit, tendon, ligaments dan salurdarah. Vit C jugalah antioxidant yang membersihkan free radicals yang merosakkan tisyu. 3. Serat atau fiber. Serat adalah penting untuk penghazaman dan gerakkan usus. Ia bolih mencegah sembelit dan juga buasir. 4. Berbagai antioxidants. Kulit mangandungi berbagai phytonutrients khususnya mangiferin yang bertindak sebagai antioxidants. Tindakan mereka mengawal kandungan ch...
Di peringkat awal kehamilan, (baru missed period 5-7 hari) ujian kencing pertama pagi untuk UPT home test ( bolih dibeli dari farmasi) adalah cara pengesahan kehamilan. Ketika itu jika buat vaginal scan(TVS) akan nampak karung kehamilan saja, janin belum kelihatan. Bila sudah delay 2 minggu, iaitu umur kehamilan 6 minggu , TVS akan dapat kesan janin dan denyutan jantung bayi. Gambar scan 7-8 minggu kehamilan. Kelihatan segumpal daging (mugdah - Quran) , dalam imej scan putih warna disekelilingi hitam (air toban) . Ditengah putih akan kelihatan denyut jantung. e Kehamilan 12 minggu - sudah ada bentuk janin, organ2 tangan dan kaki sudah sempurna. Bayi akan kelihatan bergerak2 tapi belum dirasai olih ibunya. Scan awal kandungan juga bolih mengira umur kehamilan dan tarikh jangka lahir (EDD) khas untuk mereka yang haid tidak teratur. Jika berlaku perdarahan atau sakit kuat saperti senggugut pada ari2 - tiga kemunkinan 1). Ancaman gugur 2) kehamilan luar rahim (ectopi...
Kita galakkan bayi lelaki dikhatankan secepat munkin selepas lahir. Amalan ini sudah menjadi popular dinegara2 barat walau pun mereka bukan islam. Mereka telah mengetahui faedah besar dari amalan berkhatan. Di Amerika bayi lelaki dikhatan sejurus lepas lahir. Diantaranya ia bolih mencegah dari jangkitan kuman dalam saluran perkencingan dan buah zakar waktu zaman kanak2 yang mana kesan jangka panjang bolih menyebabakan kemandulan lelaki. Berkhatan juga dikatakan bolih mencegah tersebarnya kuman virus AIDS yang sering bertumpu pada kulit zakar (prepuce). Juga dipercayai kotoran tahi pilat pada zakar lelaki yang tidak berkahatan adalah salah satu punca terjadinya kanser pangkal rahim dikalangan isteri mereka. Waktu bayi baru lahir, prosedur berkahatn mudah dilakukan dan jangka tempoh sembuh pun cepat, antara 5-7 hari sahaja. Jagaan lepas khatan juga sangat mudah tanpa keperluan khusus. Prosedur berkhatan bayi lelaki 1. Bayi dibersihkam dengan antiseptik pada k...
Comments
Post a Comment