Friday, March 11, 2011

Epidural block hilangkan sakit














Ini satu kaedah untuk menyekat saraf2 yang membawa deria kesakitan dibahagian bawah tubuh seseorang dan dengan prosedur epidural ia tidak akan merasai apa2 sensasi dari bahagian rusuk kebawah sehingga hujung jari kaki.

Bebagai jenis pembedahan dalam perut dan usus, organ peranakkan, dan seluruh kaki bolih dilakukan dengan pesakit sedar sepenuhnya. aepidural block sangat berguna kepada pesakit2 dalam bidang kebidanan dan sakitpuan.

Sakit bersalin bolih dihapuskan sama sekali dan ini sangat berguna kepada yang sangat takut kepada kesakitan. Bagi yang hamil anak sulung yang mana sakit labour bolih berpanjangan, ia sangat melegakan pesakit. Begitu juga mereka yang perlu diberi ubat untuk menguatkan kuncupan rahim saperti pitocin dan badi mereka yang cuba melahirkan secara normal dengan anak songsang/breech.

Begitu jug untuk semua kaedah kelahiran yang menggunakan alat saperti forceps dan vakum, epidural memudahkan procedur kelahiran. Jikka berlaku luka atau trauma pada saluran faraj akibat kaedah kelahiran tersebut, epidural memudahkan doktor bidan menjahit/repair keatas trauma tersebut.

Jika uri terlekat dan tidak bolih dikeluarkan secara biasa (retained placenta), ia bolih dikeluarkan dengan secara selok (MRP - manual removal of placenta) tanpa perlu bius am (general naesthesia)

Penting sekali kegunaan epidural ialah untuk melakukan pembedahan  cesarean dengan siibu sedar sepenuhnya dan dapat menikmati  suasana kelahiran dengan mendengar tangisan bayi sejurus dikeluarkan dari perutnya. Disamping itu suami bolih hadir dalam bilek bedah dan memberi sokongan emosi dan moral, dan ia bolih terus  mengazankan bayi yang baru lahir. Ia bolih ambil gambar2 kenangan disaat genting isteri bersalin dan anaknya lahir kedunia.

Tiub epidural bolih dikekalkan ditulang belakang selama 2 hari dan sering ditop up dengan ubat bius dan dengan ini siibu tidak merasi langsung post operative pain.


No comments:

Post a Comment