Friday, March 25, 2011

Sakit bersalin berpanjangan

Bila mulanya peroses labour/sakit bersalain?
 Wanita ini bernyanyi ketika sakit bersalin untuk mengalih tumpuan mindanya. Kita bolih mengaji Quran untuk capai tujuan sama.

Ramai bakal2 ibu risau bila akan bermula labour, ada yang tidak sabar menanti, kalau bolih hendak secepat munkin sebab kandungan semakin jadi berat dan beban kepadanya. Untuk kehamilan  sulong, seibu mesti lebih stress/tension. maklum ini pengalaman pertama , tidak tahu apa situasi yang akan dihadapi.

Masuk bulan terakhir, kuncupan rahim mula dirasai, ini dianggap sebagai warming up , ikut bahasa medical kuncupan ini digelar 'Braxton Hicks contraction' . seibu hanya rasa rahimnya mengeras tetapi tidak sakit.

Sering berlaku apa yang dipanggil 'false labour', ia itu kuncupan rahim yang disertai kesakitan, dan berlaku setengah jam sekali tetapi bila diperiksa pintu rahim masih tutup lagi. Bagi kehamilan sulong jangan tergesa2 masuk hospital walaupun  tanda/show (lendir bercampur darah)  sudah keluar, tunggu sakit yang datang setiap 10 minit sekali. atau jika air toban sudah pecah.

Labour dikira bermula jika sakit dari kuncupan rahim telah dirasai setiap 5-10 minit sekali dan bila diperiksa , pintu rahim sudah terbuka 2-3 cm. Awal labour, iaitu peringkat pertama digalakkan seibu berjalan2 dan sering duduk , jangan hanya terbaring sahaja.

Biasanya janka tempoh sakit bersalin ialah antara 2 - 10 jam, ada yang mudah dan cepat bersalin dan ada yang berpanjangan sehingga 20 jam.

Apakah punca2 sakit bersalin yang berpanjangan?

1.  Kehamilan anak pertama, khususnya jika rongga pongong sempit khususnya jika ukuran tinggi kurang dari 150 cm, dan kedudukan kepala tidak normal.

2.  Saiz bayi besar , biasanya dikaitkan dengan pengidap diabetes waktu hamil, sejarah diabetes dalam keluarga, kegemokkan dan pemakanan karbohaidret dan gula yang berlebihan

3.  Kedudukan kepala bayi luar biasa  ketika masuk dalam rongga ponggong - sengit / asynclitism (lihat rajah dibawah). occiput posterior (OP) atau muka dongak keatas (face to pubis), sebaiknya muka bayi menghadap kearah saluran najis ibu ketika labour dan lahir atau occiput anterior (OA). Kedudukan2 OP dan sengit kepala tersebut menyekat pejalanan kepala bayi melului rongga ponggong ibu.
Rajah Asynclitism
 Rajah occiput posterior (OP)








4.  Bayi songsang atau breech


5.  Umur ibu melebihi 40 tahun, rahim tidak kuat kuncupannya, rongga ponggong juga bolih jadi sempit sedikit.

6.  Rongga ponggong sempit atau cephalo pelvic disproportion (CPD) , kepala bayi tidak bolih masuk kedalam rongga ponggong walau pun ada  kuncupan rahim yang kuat dan kerap.

7.  Cervical dystocia - pintu rahim tidak bolih buka walau pun satelah berjam2 lamanya berlaku kuncupan rahim yang kuat dan kerap. Kaedaan ini munkin ada berkaitan dengan penyakit endometriosis. adenomyosis atau fibroid  yang menyebabkan pintu rahim keras dan liat untuk dibuka.





Risiko labour berpanjangan serta pelan tindakan

1.  Bayi bolih lemas / fetal distress. Bolih mengancam nyawa dan jika berlaku, pembedahan cesarean perlu dilakukan. Jika pintu rahim sudak terbuka 9-10 cm bila fetal distress berlaku, kelahiran secara vakum bolih dilakukan.

2.  Epidural block untuk menghilangkan sakit bersalin.

3. Electronic monitoring untuk pantau kuncupan rahim dan kadar denyut jantung bayi secara terus menerus.

4.  Jika kuncupan rahim tidak kuat, beri ubat pitocin melalui drip sehingga kuncupan rahim menjadi kuat dengan kekerapan 2-3 minit sekali.

5.  Maternal distress atau seibu kepenatan dan keletihan tanpa tenaga untuk meneran bayi keluar. Pertolongan  untuk melahirkan dengan forseps atau vakum diperlukan.

6. Jika berlaku bayi lemas/ fetal distress atau tiada kemajuan dalam pembukaan pintu rahim satelah 20 jam lamanya, ibu ditimpa maternal distress atau terkena jangkitan kuman, bayi perlu dilahirkan segera dengan pembedahan cesarean.

Friday, March 18, 2011

Dilema Pak Bidan



Kadang kala kerja pak bidan stress juga , khususnya bila berdepan dengan situasi dimana pesakit dan suami yang mempunyai pandangan berlainan dan sukar mengikuti nasihat saya. Ini berkaitan cerita seorang pesakit yg baru saya sambut kelahirannya. Tujuan cerita ini hanya untuk tujuan sebagai iktibar sahaja, bukan untuk tujuan mengkritik atau menghina sesiapa.

Seorang wanita umur tiga puluhan tahun , berkahwin dengan seorang lelaki dari negara lain. Pasangan tersebut berjumpa saya kerana kehamilannya, anak sulung disyakki mengidap down syndrome dari satu ujian darah , mereka mohon pandangan saya apa nak buat tentang kandungannya, Perlukah buat ujian2  lain untuk mengesahkan diagnosis. Pendapat saya berbeza dari banyak doktor2 lain khususnya doktor bukan muslim. Walaupun kita bolih sahkan down syndrome dengan ujian khas - amniocentesis dan chromosome analysis, kita tidak dibolihkan menggugurkan kandungan. Lihat video ini


Lagipun umur kandungannya ketika berjumpa saya telah melebihi empat bulan, dimana semua organ2 tubuh badan bayi telah terbentuk. Menggugurkan adalah haram hukumnya. Mereka bersetuju dengan pendapat saya untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan, dengan betawakkal kepada Allah SWT.
Mereka datang untuk prenatal check up mengikut jadual setiap bulan sehingga 7 bulan dan lepas itu setiap  dua minggu sekali. Pertumbuhan bayi normal, kedudukan bayi,  denyut jantung, dan uri semuanya dalam kaedaan normal sehigga bulan terakhir.

Sakit bersalin bermula pada 17/3 dan masuk ke wad bersalin pukul 2 petang dengan kekerapan kuncupan rahim setiap 5 minit tapi tidak kuat , pintu rahim baru 2-3 cm, peringkat awal labour. Saya cadangkan , masuk ubat pitocin untuk mempercepat contraction tapi mereka tidak setuju. Tidak mengapa, mereka mahu natural labour. Pukul 9 malam sakit mankin kerap dan kuat, tidak tahan sakit, mohon Epidural Block untuk hilangkan sakit, itu dilaksanakan, Electronic monitoring untuk jantung bayi mencatit kadar 150 bt/ min, itu normal tapi tracing 'flat ' menunjukkan munkin ada masalah bekalan oksijen kepada bayi (Fetal distress), Kita teruskan pemantauan ibu dan bayi; pukul 1.20 pagi membrane pecah dan air toban warna hijau pekat sebab najis bayi dan kadar denyut jantung bayi meningkat kepada 180 bt/min dan pintu rahim hanya 4 cm sahaja - ini memang tanda 'fetal distress'.

Persediaan untuk emergency cesarean terus dibuat untuk mencegah bayi mati lemas. Bilik bedah bersiap  sedia, doktor bius sudah tiba dan saya dalam perjalanan kehospital pada pukul 1.45 pagi untuk melakukan pembedahan. Tiba2 labour ward sister beritahu saya pesakit dan suami enggan beri kebenaran untuk bedah. Kecoh juga staf labour ward. Saya terus menuju kelabour ward dan meriksa pesakit, memang benar semua tanda2 fetal distress memang nyata, tapi bila saya periksa vagina, pintu rahim telah buka 7 cm pada pukul 2,pagi .

Suami masih enggan untuk bedah, saya beritahu tentang risiko bayi mati lemas, dia sanggup tanggung risiko. Urusan bedah dibatalkan, saya kena tunggu dan tidur di bilik sebelah pesakit. Pukul 4 pagi nurse ketuk pintu bilek saya mengatakan pintu rahim 'fully dilated - 10 cm'. Saya terus lakukan vacuum delivery, sukar juga baayi hendak keluar, denyutan jantung bayi semankin perlahan dan lemah, stress jug kita dibuatnya. Akhirnya dapat juga keluarkan bayi, tapi flat. tidak menangis dan tidak bernafas. kita kelam kabut resuscitate bayi dengan peralatan pernafasan dan lepas itu kita kejarkan bayi ke neonatal ICU dan perlu intubation ( masuk tiub pernafasan), insyaallah setakat ini bayi dalam kaedaan memuaskan. tolong doakan.


Lepas ibu tumpah daraah pula, kehilangan 800 ml darah, saya beri rawatan sewajar untuk menghentikan perdarahan, Alhamdulillah , perdarahan berhenti dan pesakit telah pulih. Bayangkan bagaimana tegangnya situasi tersebut. Beginilah kehihupan pakar bidan yang sering dibebankan dengan tanggung jawab yang amat berat. Semoga Allah melindungi dan memberkati kita.





Thursday, March 17, 2011

Mengapa perlu induction


Gambar - ARM atau prosedur induction - pecahkan membrane untuk keluarkan air toban

Kebanyakan kelahiran berlaku secara spontan, iaitu sakit bersalin tercetus secara tiba2 apabila sudah sampai cukup bulan atau 'term' iaitu mulai 37 hingga 40 minggu umur kandungan. Tarikh EDD biasa dikitra 40 minggu dari hari pertama haid terakhir.

Bagaimana sakit bersalin bermula ?

Sebenarnya kita tidak mengetahuai dengan tepat apa yang mecetuskan sakit bersalin. Allah maha mengetahui. Tetapi bayi yang menentukan , ia mengeluarkan sejenis kimia perangsang yang menyebabkan rahim menguncup/contraction. Diantara bahan2 tersebut ialah oxytocin dan prostaglandins dan inilah ubat2 yang kita biasa gunakan untuk 'induction of labour'

Mengapa perlu induction?



1. Kehamilan yang melebihi tarikh jangka lahir/EDD(berasaskan 40 minggu sebagai cukup bulan) . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan kerana kajian menunjukkan kejadian bayi mati dalam rahim selepas 42 minggu kehamilan meningkat tinggi.

2. Bayi terancam olih kaedaan2 berikut -  preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki),  pertumbuhan bayi bolih terencat , nyawa ibu bolih terancam jika berlaku 'sawan beranak'/ eclamptic fit. Uri rosak dan mengeluarkan racun.

3 .Diabetes,  pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi bolih mati sebelum cukup bulan.

4. 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri - dan kesannya ialah bayi tidak membesar/rendah berat badan atau IUGR.

5. Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab2 peribadi

Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37-40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg

INDUCED LABOUR

Bagaimana saya lakukan

Satelah membuat keputusan untuk induce, saya akan periksa vaginal(VE) untuk menilai kaedaan pintu rahim, sudah terbuka atau masih tutup, lembut atau keras - mudah buka atau tidak apabila kita mulakan ubat penguncup rahim.

Ketika buat VE saya lakukan apa yang digelar 'sweeping of membrane' . Ini untuk membuka sedikit pintu rahim disamping ia mencetuskan pengeluaran hormon prostaglandin yang memulakan kuncupan rahim/contraction. Justeru itu sakit bersalin bolih bermula secara spontan.

Kedudukan kepala bayi dan keluasan ruang rongga  ponggng pun penting untuk menentukan samada kelahiran secara normal bolih berlaku atau tidak,

Masuk wad bersalin dihospital awal pagi lepas subuh. Pesakit akan diberi enema utuk mengosongkab saluran najis bagi memudahkan kepala bayi turun kedalam rongga ponggong.

Ubat perangsang kuncupan rahim.

Oxytocin/Pitocin akan diberikan secara iv drip, biasa saya mulakan 2 atau 5 units dalam sebotol air saline dan diberikan perlahan2 mulai 10 dpm dan seterusnya ditingkatkan mengikut response yang diukur dari kekerapan kuncupan rahim. Sasaran kita ialah kuncupan yang kuat selama 40-45 saat dan berlaku setiap 2-3 minit sekali.

Selain dari pitocin, ubat prostaglandin juga digunakan untuk induction,, jenama yang terkenal ialah 'cytotec', sabenarnya ubat ini sering digunakan untuk merawat gastrik, tetapi tindakan meransang kuncupan rahim amat kuat ban berkesan. Ia dimasukkan kedalam faraj dengan dos permulaan 1/4 tablet, dan bolih ditingkatkan kepada 1/2 tablet 4-6 jam kemudian jika contraction tidak bermula atau tidak kuat . Saya sendiri telah menghentikan dari menggunakan cytotec  kerana kadang2 kuncupan rahim terlalu kuat dan kerap sehingga bolih mebahayakan bayi dan ibu.

ARM atau memecahkan membrane amnion bolih mempercepat kelahiran. Prosedur ini sering saya lakukan apabila contraction sudah kerap dan sederhana kuatnya, ARM dilkukan dengan alat khas dan biasanya bila pintu rahim sudah mula terbuka, 2-3 cm. Air toban dikeluarkan dan dari warnanya yang jernih , kita tahu kaedaan bayi adalah sihat, tetapi jika berwarna hijau sebab bayi telah mengeluarkan najis ini munkin tanda bayi terancam atau fetal distress.

Pengurusan labour dan kelahiran adalah saperti biasa. Labour monitoring perlu rapi denagn menggunakan peralatan elektronik CTG untk memantau contraction dan denyutan jantung bayi.

Apa keputusan induction.

Kebanyakkan ibu2 akan melahirkan secara normal. Sebahagian kecil munkin perlu dilahirkan secara vakum atau forceps olih sebab sempit saluran beranak/perineum atau berlaku fetal distress ketika pintu rahim terbuka sepenuhnya.

Gagal paksaan/Failed induction

Dianggarkan 10% gagal induction - samaada pintu rahim tidak membuka atau telah tetlalu lama tidak ada kemajuan , melebihi 12 jam atau berlaku bayi lemas atau fetal distresd. Dalam kaedan2 tersebut tiada pilihan melainkan kelahiran secara bedah cesarean.


Cara mengesan bayi lemas/fetal distress

Friday, March 11, 2011

Epidural block hilangkan sakit














Ini satu kaedah untuk menyekat saraf2 yang membawa deria kesakitan dibahagian bawah tubuh seseorang dan dengan prosedur epidural ia tidak akan merasai apa2 sensasi dari bahagian rusuk kebawah sehingga hujung jari kaki.

Bebagai jenis pembedahan dalam perut dan usus, organ peranakkan, dan seluruh kaki bolih dilakukan dengan pesakit sedar sepenuhnya. aepidural block sangat berguna kepada pesakit2 dalam bidang kebidanan dan sakitpuan.

Sakit bersalin bolih dihapuskan sama sekali dan ini sangat berguna kepada yang sangat takut kepada kesakitan. Bagi yang hamil anak sulung yang mana sakit labour bolih berpanjangan, ia sangat melegakan pesakit. Begitu juga mereka yang perlu diberi ubat untuk menguatkan kuncupan rahim saperti pitocin dan badi mereka yang cuba melahirkan secara normal dengan anak songsang/breech.

Begitu jug untuk semua kaedah kelahiran yang menggunakan alat saperti forceps dan vakum, epidural memudahkan procedur kelahiran. Jikka berlaku luka atau trauma pada saluran faraj akibat kaedah kelahiran tersebut, epidural memudahkan doktor bidan menjahit/repair keatas trauma tersebut.

Jika uri terlekat dan tidak bolih dikeluarkan secara biasa (retained placenta), ia bolih dikeluarkan dengan secara selok (MRP - manual removal of placenta) tanpa perlu bius am (general naesthesia)

Penting sekali kegunaan epidural ialah untuk melakukan pembedahan  cesarean dengan siibu sedar sepenuhnya dan dapat menikmati  suasana kelahiran dengan mendengar tangisan bayi sejurus dikeluarkan dari perutnya. Disamping itu suami bolih hadir dalam bilek bedah dan memberi sokongan emosi dan moral, dan ia bolih terus  mengazankan bayi yang baru lahir. Ia bolih ambil gambar2 kenangan disaat genting isteri bersalin dan anaknya lahir kedunia.

Tiub epidural bolih dikekalkan ditulang belakang selama 2 hari dan sering ditop up dengan ubat bius dan dengan ini siibu tidak merasi langsung post operative pain.


Saturday, March 5, 2011

Doa 2 waktu hamil dan bersalin

Boedoalah kepada Allah SWT agar diberkati kehamilan dan kelahiran, serta dimudahkan kelahiran dan selamat ibu dan anak.
Doa2 ini dipetik dari buku kecil bertajuk ' Panduan doa untuk sihat dan zuriat' . Karangan saya dan ustaz Shafie Jali ketika saya di LPPKN. Insya Allah saya akan cuba citak semula.
























































Kenangan dari Mamawana




Saat itu sungguh indah ketika aku membawa Wana yg baru berusia satu bulan untuk appointment dgn doktor pakar yg telah bersusah payah menjaga kandungan ku selama 9 bulan dan beliau juga yg melakukan pembedahan caesarean utk kelahiran sulong ku iaitu Datuk Dr Hamid Arshat. Rasa bahagia ketika itu hingga tidak sabar untuk bertemu doktor kerana beliau banyak memberi nasihat, doa-doa dan zikir untuk ku amalkan sepanjang kehamilan. Beliau seorang doktor yg lemah lembut dan kaya dgn sifat kebapaan yang sungguh mulia. Terima kasih doktor.

Sedikit perkongsian, setahun sebelum berjaya mengandung mama dinasihatkan untuk menjalani operasi laparoscopy kerana darah beku di saluran fallopian. Walaupun pembedahan itu nampak simple dan sekejap sahaja tetapi selepas habis ubat bius kesakitannya sangat memuncak di mana dua hari selepas dibenarkan pulang ke rumah, perut mama masuk angin kembung spt org mengandung 9 bulan. 
Perut rasa seakan nak pecah. Ketika itu segalanya sakit, baring sakit, duduk sakit, menyandar sakit, nak berdiri sakit malah berjalan nak ke toilet pun tersangat-sangat sakit hingga bernafas pun sakit. Selama seminggu perut membusung, ingat nazak menghampiri. Airmata sentiasa berlinangan kerana menahan kesakitan yang amat sangat. Tuhan sahaja yg tahu. Kakak, ibu, suami, saudara mara datang menziarah pun hanya sekadar memandang simpati. 
Tiada siapa yg dapat merengankan kesakitan dan kepedihan itu. Berkat doa yg tak putus-putus, alhamdulillah mama kembali sihat dan 3 bulan selepas itu mwana disahkan mengandung anak sulong. Subhanallah ...syukur Alhamdulillah. Terlalu gembira untuk menerima anugerah keajaiban ini. Selama 9 bulan juga mama rasa seperti berjalan di awang-awangan kerana kegembiraan walhal selama 9 bulan juga sebenarnya mama tidak boleh baring bermakna selama 9 bulan mama tidur duduk menyandar. Selama 9 bulan juga tidur-tidur ayam kerana tidak selesa dengan perut yang membesar begitu cepat, diusia 3 bulan macam mengandung 6 bulan. Baru 6 bulan mengandung tetapi macam 9 bulan. 
Semasa 8 bulan pula dah tak boleh berjalan, kaki membengkak dengan saiz tubuh macam Giant kata rakan2 sepejabat mama. Kini, Wana dah besar dan sedang melanjutkan pengajian di UiTM. Untuk anakanda Wana, andai membaca warkah bonda ini ketahuilah bahawa kesakitan itu sungguh indah selama kamu di dalam rahim bonda dan dewasalah menjadi Puteri Solllehah sebagaimana doa-doa yang Doktor beri untuk amalan.

Kini, semuanya Owh, So Wonderful. Life is really really wonderful. Dalam kepedihan hidup ini...... Its awesome. Benarlah AlQuran itu. Setiap dugaan dan kesabaran itu ada hikmahnya. Subhanallah. Alhamdulillah.

Thursday, March 3, 2011

Kehamilan luar rahim




Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan.Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran.
Diantara gejala-gejala yang mungkin timbul diperingkat awal kehamilan ialah keguguran . Lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan mungkin gugur atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggur (molar pregnancy /hydatidiform) atau kehamilan di luar rahim.



Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan yang berketul-ketul disertai kesakitan yang kuata.Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin tersebut.
Apabila keadaan ini berlaku kita boleh anggap kemungkinan kehamilan ini akan berterusan sehingga sempurna atau akan gugur ialah – 50 peratus. Perdarahan yang disertai dengan kesakitan perut yang amat sangat mungkin menandakan keguguran atau kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy). Kedua-dua ini merupakan ancaman besar kepada ibu dan bayi . 



Jangan pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan.Langkah utama ialah untuk berjumpa dengan doktor yang terdekat.Mungkin ia seorang doktor biasa (GP) untuk mendapat nasihat atau terus berjumpa dengan doktor pakar perbidanan & sakitpuan untuk mendapatkan nasihat, atau terus masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan selanjutnya.

Apakah punca pendarahan?


1. Keguguran




Ini mungkinhanya ancaman sahaja (threatened abortion).Sebenarnya janin masih hidup dan boleh tumbuh lagi tetapi mungkin disebabkan oleh pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekananfisikal dan mental,faktor kurang hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim.Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran. 

Keguguran boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar“missed abortion”.Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung.
Bila dibuat scanning ultrasound, biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi.Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D & C.

Kehamilan luar rahim










Kehamilan luar rahim yang biasanya berlakudi saluran fallopian adalah sangat merbahaya kerana ia boleh pecah dalam perut menyebabkan perdarahan yang banyak serta mengancam nyawa dan adakalanya membawa maut jika lambat bertindak.Tetapi kebanyakannya mereka terselamat jika cepat masuk kehospital dan diberi rawatan cemas secara pembedahan.

Mereka yang terdedah kepada kehamilan luar rahim terdiri daripada wanitayang sukar mengandung atau mandul, mereka yang pernah menjalani pembedahan ke atas perkakasperanakan, untuk appendix atau pada bahagian usus.Mereka yang telah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan mereka yang pernah atau sedang menggunakan alat dalam rahim (IUCD),juga terdedah kepada risikokehamilan luar rahim.

Selain daripada perdarahan, ia juga mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian perut, mengulas rasa dan mereka kadang-kadang hampir pitam akibat daripada kesakitan tersebut.
Kehamilan Luar Rahim – Pecah dan Berdarah

Pengesahan
1. Ujian kencing masih positif untuk kehamilan (positive urine pregnancy test).

2.Ujian ultrasound menunjukkan rahimnyakosong tanpa karung kandungan tetapi terdapat kesan darah dankarung kandongan di luar rahim.

3.Langkah yang perlu diambil ialah untuk menjalani pembedahan secara cemas.Setelah dibius doktor mungkin melakukan pembedahan laparoscopy untuk mengesahkan adanya darah di luar rahim dan seterusnya membuat pembedahan kecil pada perut untuk membuang kandungan yang telah pecah.



Jika berlaku pada saluran fallopian, saluran tersebut perlu dibuang sekali dan seterusnya sisa-sisa kandungan dan darah dalam perut akan dibersihkan untuk mencegah daripada masalah kesan sampingan seperti “pelvic adhesions” di kemudian hari.