Kehamilan luar rahim




Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan.Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran.
Diantara gejala-gejala yang mungkin timbul diperingkat awal kehamilan ialah keguguran . Lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan mungkin gugur atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggur (molar pregnancy /hydatidiform) atau kehamilan di luar rahim.



Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan yang berketul-ketul disertai kesakitan yang kuata.Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin tersebut.
Apabila keadaan ini berlaku kita boleh anggap kemungkinan kehamilan ini akan berterusan sehingga sempurna atau akan gugur ialah – 50 peratus. Perdarahan yang disertai dengan kesakitan perut yang amat sangat mungkin menandakan keguguran atau kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy). Kedua-dua ini merupakan ancaman besar kepada ibu dan bayi . 



Jangan pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan.Langkah utama ialah untuk berjumpa dengan doktor yang terdekat.Mungkin ia seorang doktor biasa (GP) untuk mendapat nasihat atau terus berjumpa dengan doktor pakar perbidanan & sakitpuan untuk mendapatkan nasihat, atau terus masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan selanjutnya.

Apakah punca pendarahan?


1. Keguguran




Ini mungkinhanya ancaman sahaja (threatened abortion).Sebenarnya janin masih hidup dan boleh tumbuh lagi tetapi mungkin disebabkan oleh pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekananfisikal dan mental,faktor kurang hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim.Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran. 

Keguguran boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar“missed abortion”.Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung.
Bila dibuat scanning ultrasound, biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi.Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D & C.

Kehamilan luar rahim










Kehamilan luar rahim yang biasanya berlakudi saluran fallopian adalah sangat merbahaya kerana ia boleh pecah dalam perut menyebabkan perdarahan yang banyak serta mengancam nyawa dan adakalanya membawa maut jika lambat bertindak.Tetapi kebanyakannya mereka terselamat jika cepat masuk kehospital dan diberi rawatan cemas secara pembedahan.

Mereka yang terdedah kepada kehamilan luar rahim terdiri daripada wanitayang sukar mengandung atau mandul, mereka yang pernah menjalani pembedahan ke atas perkakasperanakan, untuk appendix atau pada bahagian usus.Mereka yang telah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan mereka yang pernah atau sedang menggunakan alat dalam rahim (IUCD),juga terdedah kepada risikokehamilan luar rahim.

Selain daripada perdarahan, ia juga mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian perut, mengulas rasa dan mereka kadang-kadang hampir pitam akibat daripada kesakitan tersebut.
Kehamilan Luar Rahim – Pecah dan Berdarah

Pengesahan
1. Ujian kencing masih positif untuk kehamilan (positive urine pregnancy test).

2.Ujian ultrasound menunjukkan rahimnyakosong tanpa karung kandungan tetapi terdapat kesan darah dankarung kandongan di luar rahim.

3.Langkah yang perlu diambil ialah untuk menjalani pembedahan secara cemas.Setelah dibius doktor mungkin melakukan pembedahan laparoscopy untuk mengesahkan adanya darah di luar rahim dan seterusnya membuat pembedahan kecil pada perut untuk membuang kandungan yang telah pecah.



Jika berlaku pada saluran fallopian, saluran tersebut perlu dibuang sekali dan seterusnya sisa-sisa kandungan dan darah dalam perut akan dibersihkan untuk mencegah daripada masalah kesan sampingan seperti “pelvic adhesions” di kemudian hari.

Comments

  1. saya ada pengalaman hamil luar rahim diusia kandungan mencecah 5minggu dan telah selamat menjalani pembedahan pada 3/11/2011.. terima kasih atas info yang amat berguna especially untuk isteri2, ibu2 dan bakal bergelar ibu..

    ReplyDelete
  2. saya juga ada pengalaman yg sama..baru selesai menjalani pembedahan pada 31okt lalu..saya cume ingin tahu kemungkinan utk saya hamil semula selepas ini? berapa lama jarak yg sesuau untuk hamil semula? adakah kemungkinan utk ia berulang sekiranya saya hamil lagi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scan janin awal kandungan

Merancang jantina bayi

Bolikah lahir normal lepas 2 kali cesar?